Rakaman video pembunuhan wartawan dan jurukamera stesen televisyen WDBJ malam tadi, bagaikan permainan video dengan tangan menggenggam pistol muncul pada paparan, wanita (Alison Parker, 24) muncul sebagai sasaran dan tembakan dilepaskan.
Namun, ia bukan permainan video kerana ia adalah pembunuhan sebenar yang dirakam kamera jurukamera Adam Ward, 27, serta kamera pembunuh, Vester Lee Flanagan, sebelum dia juga ditembak. Rakaman berkenaan yang sempat dimuat naik ke Internet termasuk oleh Flanagan sendiri ke Facebook (sebelum dibuang) menjadi rakaman pembunuhan pertama disiarkan di Internet.
Wartawan WDBJ, Alison Parker, 24, dan jurukamera Adam Ward, 27, ditembak ketika mereka menemuramah untuk siaran langsung di Moneta, selatan Virginia, malam tadi. Dalam siaran langsung itu, rakaman kamera Ward berakhir dengan pembunuh berdiri di atasnya mengacukan pistol sebelum stesen berkenaan memutuskan siaran.
Beberapa jam selepas itu, rakaman oleh Flanagan selama 56 saat menjadi viral di Internet sebelum video itu dibuang dari laman media sosial. Rakamannya menunjukkan dia berjalan ke tempat Parker, Ward serta wanita sedang ditemuramah berada dan mereka tidak menyedari kehadirannya.
Flanagan berhenti, mengangkat dan mengacukan pistol lalu melepaskan tembakan yang membunuh Parker sebelum menembak Ward. Rakaman itu tidak menampakkan pembunuh tetapi menampakkan tangan seseorang memegang pistol.
-By Blogger My-