Terima-kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Semoga bermanfaat"

Komando Filipina selamat 2 tebusan Abu Sayyaf


Manila: Dua anggota pengawal pantai yang menjadi tebusan Abu Sayyaf berjaya melarikan diri selepas komando tentera Filipina menyerang tempat persembunyian kumpulan itu di pulau Jolo.

Bagaimanapun, jurucakap tentera, Antonio Bulao berkata, nasib empat lagi tebusan termasuk dua dari Malaysia dan Korea Selatan yang ditahan di lokasi sama, tidak diketahui.

Menurutnya, 15 anggota Abu Sayyaf terbunuh dalam serangan di kawasan hutan berhampiran bandar Indanan lewat kelmarin.

Dua anggota pengawal pantai yang dijadikan tebusan sejak tiga bulan lalu berjaya melarikan diri ketika pertempuran tercetus.

“Kami berjaya menemui mereka hari ini (semalam) ketika bersembunyi di dalam hutan sepanjang malam.

“Ketika ditemui mereka dalam keadaan letih dan lapar,” katanya.

SUMBER
Previous
Next Post »
Post a Comment
Thanks for your comment