Berhati-hati Dengan Loan Aeon Credit..!!
(kisah benar orang kampung kena tipu oleh aeon credit)Waktu balik kampug jumpa parents. Abah mengeluh bila akaun BSN miliknya, hasil jadi guru kafa bertahun-tahun tetiba kosong. Padahal beliau tidak pernah mengeluarkan duit dari akaun tersebut. kerana itu sengaja disimpannya untuk pergi haji dan umrah. Bila pergi tanya di BSN, rupa-rupanya dipotong oleh AEON CREDIT secara auto debit.
Kisahnya bermula bila abah beli motosikal skuter untuk kegunaan mak pada tahun 2013.
Harga motosikal = rm5760
Deposit = rm1150
Pembiayaan AEON = RM4610
Ansuran bulanan rm = 167 selama 36 bulan (3 tahun)
Jumlah keuntungan AEON = RM1402
Keseluruhan jumlah perlu dibayar kepada AEON = RM6012
Abah diberitahu bahawa beliau perlu membayar di wakil kutipan AEON di SenHeng kedai motor bandar Tanah Merah. Abah diingatkan untuk membayar sebelum 2hb, setiap bulan. Jika tiada bayaran diterima sehingga 2hb, AEON CREDIT akan terus memotong secara auto debit dari akaunnya. Oleh kerana bayaran gaji guru kafa ialah di antara 15hb - 22hb, maka abah tidak pernah lewat membayar walaupun sehingga 30hb, setiap bulan.
Kini menjelang April 2016, tetiba abah menerima panggilan talipon dari AEON CREDIT mengatakan beliau perlu membuat pembayaran tertentu kerana pihak AEON tidak dapat membuat pemotongan dari akaunnya. Abah yang kebinggungan hanya menuruti arahan dari pihak AEON CREDIT untuk terus membuat pembayaran di SenHeng kedai motor.
Sampai satu masa abah menerima sms mengatakan motorsikal akan ditarik kerana pihak AEON tidak dapat membuat pemotongan dari akaunnya. Padahal abah tidak pernah gagal untuk membuat pembayaran setiap bulan tanpa gagal. Abah yang kebingungan pergi ke BSN dan barulah beliau sedar yang semua simpanannya telah habis kosong. Beliau diberitahu oleh pihak bank bahawa simpanannya dipotong secara auto debit setiap bulan oleh AEON.
MAKNANYA, AEON CREDIT MENGAMBIL PEMBAYARAN DARI ABAH MELALUI SENHENG KEDAI MOTOR DAN PADA MASA YANG SAMA MENCURI DARI AKAUNNYA SETIAP BULAN.!!!
PEMBAYARAN DI SENHENG KEDAI MOTOR SELAMA 3 TAHUN
RM167 X 12 Bulan X 3 tahun = RM6012
JUMLAH DICURI DARI AKAUN SELAMA 3 TAHUN
RM168 X 12bulan × 3tahun = RM6048
JUMLAH BAYARAN KEPADA AEON TERMASUK YG DICURI = RM12,060..!!!
Hari ini saya membawa abah dan mak ke Mana motor di loan ke kedai motor SenHeng Tanah Merah untuk mendapatkan penjelasan.
Kedua-dua wakil AEON CREDIT ini mengakui bahawa memang pernah berlaku kes seperti ini. Seolah-oleh ini adalah perkara biasa bagi mereka..!!
Saya bertanya, jika orang kampung kurang pendidikan, tidak sedar perkara ini maka duitnya hanguslah?
Jawapannya YA!!
Jadi berhati-hatilah dengan AEON CREDIT ini..!! Kalau ada mak ayah dikampung atau adik beradik yg buat pinjaman, rajin-rajinlah tanya khabar. Mereka ini akan mengambil kesempatan mengaut keuntungan dari orang-orang kampung yang kurang faham sistem jahat mereka ini.
Kami Menuntut wang kembali adalah satu hal. Tapi bagaimana pula dengan orang-orang lain yang tidak sedar mereka ditipu..!!
Tolong share ramai-ramai supaya tiada lagi yang tertipu dengan AEON CREDIT ini..!!
-By Blogger My-