Terima-kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Semoga bermanfaat"

Awas! Taktik Baru Perompak Di Jalanraya


Kepada penguna jalanraya terutama diwaktu malam, berhati-hati dengan taktik Baru perompak di jalanraya!

Kisah ini adalah Kisah benar yang dialami oleh seorang sahabat admin yang berasal dari tambunan sabah.

Pada hari itu sahabat saya balik ke kota-kinabalu dari Tambunan kira kira jam8.00pm. Sampai kawasan  Moyong dan Kibunut, kawasan sunyi, saya nampak sebuah kereta Hilux Double Cabin, parking di tepi jalan. Pintu depan di sebelah pemandu terbuka dan lampu dipadam tapi lampu kecemasan berkedip-kedip. Di atas jalanraya yang basah, ada seorang sedang tertiarap dekat sebelah pintu depan bahagian pemandu yang terbuka.

Saya hampir berhenti tapi saya teringat banyak kes seperti ini berakhir dengan rompakan Jadi, saya limpas saja dan berhenti di kawasan kira-kira 500meter dari kedudukan kejadian untuk telefon 999 untuk memaklumkan kejadian itu. Dengan cepat saya disambungkan ke Balai Polis.

Pihak polis menasihatkan saya supaya terus memandu dan laporkan ke Pondok Balai Polis di Babagon sementara itu mereka juga akan menghubungi  balai tetsebut. Selepas itu, saya pula menerima panggilan dari pihak QEH untuk bertanyakan lokasi kejadian.

pada masa itu, saya sedang berbincang dengan penduduk di Kg Kibunut untuk balik pergi melihat samada orang itu cedera.. Pihak QEH minta supaya saya call balik 999 segera jika ada keperluan..
Saya membawa dua orang dari Kibunut utk balik ke lokasi utk meninjau, Namun didapati kereta dan orang itu tiada lagi disitu..

Pada masa yang sama, saya menerima panggilan sekali lagi dari Balai Polis untuk pengesahan kedudukan kerana anggota mereka sudah menuju ke situ. Apabila saya bagi tau yang kereta dan orang itu tiada lagi disitu, dia katakan bahawa kejadian seperti itu sering berlaku pada waktu malam dan dia katakan kepada saya bahawa tindakan saya untuk tidak berhenti disitu dan terus menghubungi 999 adalah betul.

Dia katakan, dia akan memaklumkan anggota mereka untuk berpatah balik. Kemudian, pihak QEH pula lagi yang talifon saya untuk pengesahan. Apabila saya bagitau dia bahawa orang kereta itu sudah tiada, dia juga mengatakan bahawa orang itu mungkin mencari mangsa.. Apapun, saya bersyukur kerana saya tidak berhenti untuk "cuba menolong" ketika saya mula mula melihatnya..

Peringatan dari pihak Polis, "Jangan berhenti tapi hubungi terus pihak polis melalui 999 bila menemui kes seperti ini"

Sekian Perkongsian Pengalaman Kisah Benar yang dilalui seorang sahabat saya pada malam itu..

Jangan lupa para pembaca semua sila "share" "sebarkan" demi kesalamatan kita bersama..!

                              -By Blogger My-
Previous
Next Post »
Post a Comment
Thanks for your comment