Tip-Tips Modifikasi Motorsikal Yang Dibenarkan dan Tidak dibenarkan
Tip-Tips Modifikasi Motorsikal Kupcai
Yang Dibenarkan Dan Tidak Dibenarkan
1.Pemasangan Ekzos
Pemasangan ekzos motorsikal hendaklah ikut spec yang dibenarkan.Tidak boleh ubah suai silancer,atau tabung ekzos.
Bunyi ekzos yang bising memekak telinga terutama sekali yang bunyi letup-letup sampai keluar api-api macam bunyi berperang saja.ada pula yang pipe dia mencanak mendongak kelangit.
Ada pula sekarang ini modifide masuk ekzos kereta pada motorsikal.Ada juga double ekzos macam superbike tapi kapcai saja.Tapi kalau ingin try pakai jugak.buat ujian di jabatan Alam Sekitar dan pengesahan puspakom.
rasanya memang tidak boleh lepaslah.tetapi,ekzos yoshimura made in japan yang mahal mungkin boleh lepas. kalau anda boleh dapatkan surat dari Puspakom,Cubalah anda minta..!
Penukaran coverset dibolehkan,diluluskan dan tidak perlu surat kebenaran JPJ.Tetapi Coverset yang ditukar perlulah tidak mengubah ciri-ciri dan bentuk asal motorsikal tersebut!
Jangan kita sendiri tengok sampai tidak kenal motorsikal kita sendiri..! jauh sangat lari dari bentuk asal.kalau ikutkan spac warna kena sama dalam geran.kalau standard warna Oren,coverset yang ingin di tukar itu mesti ada dominan warna oren jugaklah.jangan hilang terus warna oren!
3.Pemasangan Footrest
Pemasangan footrest adalah dibenarkan.tidak kiralah brand RB ke X1R ke yoshimura ke,pakai saja.tidak salah.diluluskan dan tidak perlu dapatkan kebenaran JPJ.
Setakat ini rasanya tiada masalah kalau pakai footrest racing ini.polis tidak tahan punya.kalau tahan pun mungkin polis cuma tengok saja.yalah poliskan jakun sikit tengok benda-benda pelik macam ini..!
4.Pemasangan Brake Disk
Pemasangan disc brake belakang adalah dibenarkan.tidak perlu kelulusan JPJ.pastikan disc yang dipakai tidak besar dangat dari size disc belakang 125z.
aa-apa pattern pun tidak mengapa.tidak apalah.Cuma mungkin ada keburukan penggunaan modified brake disc.
kalau modfide pakai disc brek belakang,memang brek belakang susah bila pakai tidak berapa cengkam bila brake emergency mesti telajak.tekan-tekan pedal brake pun tidak mau berhenti.
kadang pula bila tekan melekat sangat sampai membuang belakang.
5.Pemasangan Lampu Berwarna
Penggunaan lampu berwarna (contohnya lampu warna biru/hijau/ungu/merah) di bahagian hadapan terutama jenis projector xenon punya.
Jadi cahaya dipancar amat silau yang sungguh terang-benderang.yang berwarna putih-pelepah sehingga menyakitkan mata.itulah kononnya lampu xenon,bila selisih jalan dengan orang guna lampu jenis ini naik pedih mata bila bertentang dengan cahaya lampu jenis ini.
Lampu berwarna juga tidak dibenarkan termasuklah pada lampu kecil bawah signal sila gunakan warna lampu standard macam lampu besar.hanya lampu merah dibenarkan di bahagian belakang untuk lampu brek.
Lampu signal pula mestilah berwarna oren.Tetapi malangnya,pemandu-pemandu sekarang main pasang saja.Ada kuning,merah,biru dan apa-apa saja lampu yang mereka minati.
Lain-lain tambahan aksesori itu dibenarkan asalkan tidak mengubah rupa asal dan ciri-ciri bentuk asal motorsikal tersebut.dan yang tidak membawakan kepada bahaya bila menunggang.Cuma nak nampak cantik sajakan..!
Apa yang anda mahukan? Kuasa? Kelajuan maksimum? Atau keterujaan? Sebarang pengubahsuaian yang boleh menambahkan kelajuan asal ( modified enjin dan bahagian lain) biar lebih power adalah menjadi kesalahan disisi undang-undang JPJ.
nanti Tidak pasal-pasal kena sita pula motor.Modifikasi sederhana seperti menukar CDI atau roler motor skuter kepada spesifikasi yang lebih baik supaya motor anda mempunyai kuasa tambahan yang berpatutan.sikit-sikit tu mungkin boleh .
Tapi setengah tempat,traffic tidak benarkan tukar CDI standard ke CDI lainlah.Modifikasi berat seperti menukar blok enjin motor anda yang telah rosak kepada blok enjin lebih baik.Ini memerlukan pengesahan dan kelulusan pihak penguasa terutama JPJ.Nombor enjin ketuk lagilah salah siap kena sita lagi.boleh tidur dalam lokap lagi.
pengubahsuaian saiz rim dan tayar dibenarkan dengan syarat mengikut had spec yang ditetapkan.maksudnya,janganlah terlalu kecil atau terlalu besar yang mana membahayakan penunggang itu sndiri.
Di benarkan menukar rim biasa kepada rim sport atau menukar tayar betiub kepada tayar tanpa tiub.Jangan guna tayar sotong.Kalau tidak silap tayar sotong ini sudah tidak dibenarkan lagi penggunaannya oleh kerajaan kerana banyak keburukan dari kebaikan.
Bayangkanlah di mana kuasa untuk kita membrek dengan tayar sotong? Sedangkan permukaan tayar yang menyentuh jalan amat sedikit sekali.Andai berlaku brek mengejut sudah tentu padah yang akan menimpa.
Lagi satu penggunaan tayar bersaiz kecil akan mempercepatkan kehausan pada permukaan tayar yang secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada pemanduan kita.
Kerana sotong ini sikit kebaikannya ringan,kecik dan tayar potong air dan yang jelas lebih banyak keburukan mudah pancit dan layan corner boleh terbabas terus masuk longkang.jadi siapa-siapa yang pakai tayar jenis ini pikirkan-pikirlah..!
9.Penggunaan side mirror dan cover rantai
Tiada side mirror pada motorsikal
terang-terang salah.Tapi sekarang ini ada yang jenis side mirror boleh lipat-lipat.
terang-terang salah.Tapi sekarang ini ada yang jenis side mirror boleh lipat-lipat.
kalau sudah terlipat tidak pakai memanglah kena saman.sama juga macam tidak pakai side mirror.Lagi satu penutup cover rantai kalau tidak pasang mesti anda kena saman juga.
bahaya kalau tidak pakai mau kaki masuk dan tersepit celah rantai..!
10.Pengunaan nombor flat
Nombor Plat bukanlah untuk tujuan fancy atau kelihatan cantik.Nombor plat hendaklah dipamerkan di hadapan dan belakang kenderaan bermotor tersebut dalam kedudukan menegak pada plat segi empat.
tulisan tidak boleh rapat-rapat,sampai hampir mau bercantum.tulisan jelas dan terang boleh dibaca.papan plat hendaklah warna hitam dan tulisan putih.
tidak memantulkan cahaya,tulisan hendaklah dibuat timbul.lagi satu kalau nombor tulisan itu tertanggal,hilang,tercabut atau patah pun boleh kena saman juga..!
Segala saranan,pandangan dan komen anda akan diteliti dan diperbaiki.Silalah tuliskan di ruangan Chart colum comment..!
Thanks..!
-By Blogger My-
2 ulasan
Click here for ulasanPENGUBAHSUAIAN MOTOSIKAL
ReplyPengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada motosikal yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada
JPJ adalah seperti berikut :-
1. Pemasangan pengadang angin
2. Pemasangan penutup lampu fibreglass (fairing)
3. Pemasangan penutup enjin fibreglass pada bahagian hadapan motosikal
4. Pemasangan disc brake hadapan atau belakang bertujuan meningkatkan tahap kecekapan brek.
Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada motosikal yang tidak dibenarkan adalah seperti berikut :-
1. Pemasangan foot rest melibatkan pengubahsuaian tapak / kedudukan asal.
2. Penukaran / pengubahsuaian ekzos yang tidak mengikut spesifikasi asal pengilang.
3. Pemasangan cover sets / fairing yang mengubah indentiti asal.
PENGUBAHSUAIAN KENDERAAN PERSENDIRIAN
mcm mne pulak klau pasang sidebox kt motorsikal contoh motorsikal honda dash atau yamaha lc
Reply