Terima-kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Semoga bermanfaat"

Artis Jelita Nafi Berbogel


Artis jelita nafi berbogel

Jakarta: Artis jelita Indonesia, Prilly Latuconsina membuat laporan polis selepas beberapa gambar yang didakwa dirinya dalam keadaan bogel tersebar di Internet.

Prilly datang ke ibu pejabat polis Metro Jaya untuk menyerahkan beberapa keping gambar dirinya yang diubah suai supaya kelihatan berada dalam keadaan bogel.

Ketika di ibu pejabat polis berkenaan Prilly ditemani peguamnya, Muhammad Sidik Latuconsina.

Prilly yang popular dengan drama Ganteng Ganteng Srigala turut membuat laporan polis terhadap satu akuan instagram yang memfitnah dirinya.

“Instagram ini membuat fitnah dengan mendakwa saya tidak perawan lagi.

“Saya membuat pemeriksaan doktor baru-baru ini yang mengesahkan bahawa saya masih perawan,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Sidik berkata, polis mengambil keterangan Prilly susulan laporan polis yang dibuat aktres itu mengenai penyebaran gambar bogel yang didakwa dirinya pada 31 Julai lalu. - Agensi

SUMBER
Previous
Next Post »
Post a Comment
Thanks for your comment