Terima-kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Semoga bermanfaat"

Henti Pencarian MH370


Henti operasi pencarian

Saint-Denis: Pihak berkuasa Perancis akan menghentikan operasi pencarian serpihan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) jika tiada sebarang petunjuk baru ditemui, minggu depan.
Jurucakapnya Dominique Sorain berkata, pihaknya mengesahkan bahawa pencarian udara dan laut akan dihentikan jika tiada penemuan baru.
“Kita akan menghentikan pencarian jika tidak menjumpai sebarang petunjuk baru pada Isnin ini dan melihat semula kaedah yang bersesuaian dalam usaha berkenaan.
“Pencarian yang bermula sejak Jumaat lalu selepas dihentikan berikutan cuaca buruk sudah menjangkaui 10,000 kilometer persegi kawasan carian,” katanya.
Minggu lalu, pihak berkuasa Malaysia sudah mengesahkan bahawa serpihan yang ditemui di Maldives bukan dari pesawat MH370 seperti yang didakwa sebelum ini.
Beberapa hari lalu juga media di Malaysia menyiarkan teori baru bahawa pesawat itu sebenarnya berjaya membuat pendaratan cemas di lautan dan terdapat kemungkinan semua penumpang dan anak kapal ketika itu masih hidup.
Pesawat itu terbang selama tujuh jam selepas dilaporkan hilang daripada radar dan menuju ke laluan yang sangat berbeza dengan destinasi asalnya. -Sydney Morning Herald
- See more at: SUMBER
Previous
Next Post »
Post a Comment
Thanks for your comment