Terima-kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Semoga bermanfaat"

Hanya Derseluar Dalam


Kuala Lumpur: Sekumpulan lebih 10 pelacur warga Vietnam ditemui menyorok berasak-asak di dalam tandas dalam keadaan hanya memakai seluar dalam.
Semua wanita warga asing itu dipercayai cuba mengelak daripada diberkas polis sejurus sebuah pusat hiburan di Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh di sini, diserbu polis malam kelmarin.
Dalam operasi jam 10 malam itu, sepasukan anggota Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman menyerbu pusat hiburan karaoke yang dikesan menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) warga asing.
Bagaimanapun beberapa pelanggan dan wanita GRO itu yang sedang leka menari dan berhibur bertempiran melarikan diri sejurus premis itu dimasuki anggota polis.
Usaha mereka untuk melarikan diri menemui jalan buntu apabila 12 wanita terbabit berjaya ditahan polis.
Semua wanita GRO terbabit ditemui hanya memakai pakaian dalam untuk menarik perhatian pelanggan supaya mendapatkan khidmat mereka.
Ketua operasi Asisten Superintendan Muhammad Jais berkata, semua wanita warga Vietnam berusia 20 hingga 30 tahun itu menawarkan khidmat seks secara harga pakej.
Menurutnya, mereka akan menyanyi karaoke terlebih dahulu dengan bayaran antara RM350 hingga RM450.
“Hasil pemeriksaan, polis turut berjaya menemui dadah yang dipercayai jenis ectasy dan ganja di dalam premis berkenaan.
“Polis turut menahan seorang wanita berusia 58 tahun yang dipercayai ‘ibu ayam’ kepada GRO terbabit selain seorang lelaki berusia 27 tahun untuk membantu dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya.
SUMBER
Previous
Next Post »
Post a Comment
Thanks for your comment