RATUSAN wanita Kanada melakukan demonstrasi dalam keadaan ‘telanjang’ dada sebagai protes terhadap tindakan polis sana menahan tiga beradik perempuan kerana berbasikal sambil mendedahkan payudara baru-baru ini.
Tunjuk perasaan digelar “Buka Baju Bersama Kami” yang berlangsung di Ontario, Kanada itu menyaksikan para peserta membawa sepanduk yang antaranya tertulis “Cuma Payudara Bukan Bom” dan “Bogel Bukan Seksual”.
Dua daripada tiga beradik yang tidak puas hati selepas ditahan polis kerana berbasikal tanpa memakai baju di Kitchener, Kanada.
Polis yang menahan dikatakan menyuruh ketiga-tiganya mengenakan pakaian membuatkan adik beradik ini membuat laporan rasmi kerana tidak berpuas hati dan mendakwa mereka terpaksa membuka baju kerana cuaca panas.
Pihak polis bagaimanapun mendakwa, mereka ditahan atas alasan keselamatan ketika berbasikal.
Undang-undang di Ontario sememangnya tidak menghalang kaum wanita bogel di tempat umum selepas seorang wanita yang ditahan kerana berbogel pada 1996, Gwen Jacobs memohon undang-undang itu dilupuskan.
Permohonan itu diluluskan mahkamah atas alasan “aksi Jacobs telanjang di tempat awam tidak menurunkan darjat dan martabat manusia”.
-By Blogger My-