Terima-kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Semoga bermanfaat"

Padah Curangi iIsteri



London: Seorang lelaki yang tidak melakukan seks selama 10 tahun dengan isterinya yang kurang upaya, menerima padah apabila diperas ugut £7,000 (RM43,500) oleh seorang wanita yang melakukan seks dengannya.

Selepas dia gagal membayar jumlah wang diminta, wanita berkenaan menuduh dia merogol menyebabkan lelaki itu nekad membuat laporan polis dan kes berkenaan kini sedang dibicarakan selepas wanita berkenaan, Alison Banner, 40, ditahan.

Mahkamah di Derby diberitahu gambar lelaki dari Derby itu dirakam ketika melakukan seks dengan Alison di bawah pokok dan wanita itu menggunakannya untuk mengugut mangsa akan memberitahu isterinya jika lelaki itu tidak mahu membayar RM43,500.

Mereka bertemu melalui satu laman sesawang dan setuju keluar untuk minum tetapi beberapa minit kemudian, Alison, ibu beranak empat dari Mansfield, Nottinghamshire, mengajaknya melakukan seks di tempat terbuka.

Lelaki itu kemudian memberinya £80 (RM497) supaya membeli pakaian dalam baru untuk pertemuan seterusnya.

Sejam kemudian Alison menghantar pesanan kepada lelaki itu berbunyi: “Apa yang kita lakukan salah dan boleh berakhir di mahkamah.”

Apabila lelaki itu menghubunginya, Alison menuntut £10,000 (RM62,100) atau dia akan memberi gambar berkenaan kepada isteri mangsa dan polis.

Lelaki itu membayar £3,500 (RM21,700) tetapi Alison berkeras mahukan RM21,700 lagi namun lelaki berkenaan meminta tangguh.

Beberapa hari kemudian Alison menghubunginya menuduh lelaki itu merogolnya menyebabkan mangsa membuat laporan polis dan wanita itu ditahan.

SUMBER
Previous
Next Post »
Post a Comment
Thanks for your comment