Terima-kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Semoga bermanfaat"

Tips Belajar Memandu




Bagaimana Cara Untuk Memandu Kareta Manual?



Langkah-langkah
1. Terdapat 3 pedal pada kereta transmisi
manual.Dari kiri,klac,brek dan minyak.

2. Perhatikan pada tombol gear,kebanyakan
kereta yang baru mempunyai dua H,gear
satu,tiga dan lima berada diatas.Manakala
gear dua,empat dan gear undur berada di
bawah.Di tengah garis H ialah neutral.

3. Pastikan brek tangan dalam keadaan tidak
diturunkan dan kereta berada di atas jalan
yang rata.

4. Tekan pedal klac ke bawah dan gerak gear
ke posisi neutral.

5. Hidupkan enjin.

6. Gerakkan gear ke gear satu sambil kaki
menekan klac.

7. Gunakan brek kaki dan lepaskan brek
tangan.

8. Lepaskan brek kaki apabila ingin
bergerak.

9. Lepaskan pedal klac perlahan-lahan.
Apabila anda mendengar bunyi enjin
menjadi semakin perlahan,perlahan-lahan
tekan pedal minyak sambil melepaskan pedal
klac.Kereta akan mula bergerak kehadapan.

10. Pecut perlahan-lahan sehingga kereta
mencecah 3000 rpm,lepaskan pedal minyak
sambil menekan pedal klac dan tukar gear ke
gear dua.Pastikan gear masuk dengan
kemas.

11. Lepaskan pedal klac perlahan-lahan
smbil menekan pedal minyak.

12. Ulang proses pertukaran gear ini pada
3000 rpm sehingga anda memandu pada
kelajuan yang diinginkan.

13. Lepaskan pedal minyak perlahan-lahan
apabila ingin mengurangkan kelajuan.Tekan
pedal klac perlahan-lahan dan tukar ke gear
lebih rendah. Apabila berada di gear rendah
lepaskan klac perlahan-lahan dan tekan
brek.

14. Berhentikan kereta dengan menurunkan
gear ke gear dua.Gunakan klac sebaik sahaja
kereta ingin berhenti.

15. Gunakan langkah yang sama seperti
diatas untuk mengundurkan kereta.
Permasalahan
Jangan amalkan jalan ngan gear 2 terus.
Boleh kalau terus gune gear 2
tapi clutch cepat rosak.

Kalau naik bukit yang terlalu tinggi perlu guna
gear apa?
Kalau bukit yang terlalu curam dan baru start
naik memang kena pakai gear 1 la.Gear lain
mana ok.Anda boleh guna gear 4 naik bukit
dan bila mana terasa slow dan rpm / meter
tetiba saja merudum / beransur semput /
slow... bertukarlah gear 3 atau 2 atau 1...
untuk tambah momentum dier balik... dan
tukar gear mengikut kesesuaian mengikut
keadaan jalan.

Kereta yang guna kuasa besar
lagi mampu membelah bukit... dan saya juga
pasti kita dapat boleh juga... jika kita
memecut dari awal sebelum pendakian....
dan gear 4 sudah memandai masa tu.... jangan
Jangan pula brek tengah jalan bukit!
Jawabnya kena start gear 1 semula lah.
Berapa kerap sangatlah golongan orang kita yang
sanggup drive macam itu..!
HATI-HATI...!!!
Terkenang drive takumi86 (Initial D) lah
pula..

Bagaimana Cara Untuk Memandu Kareta Outomatik!


1. Cari pemandu berpengalaman,seelok-
eloknya guru sekolah memandu untuk
mengajar anda.

2. Sekiranya anda telah belajar cara
memandu kereta transmisi manual
maklumkan pada guru yang ingin mengajar.

3. Beritahu masalah yang anda hadapi.
Seperti tidak tahu cara menukar gear dan
macam-macam lagi.

4. Duduk disebelah guru memandu dan
dengar penerangannya.

5. Perhatikan cuma terdapat dua pedal di
dalam kerta transmisi automatik iaitu pedal
brek dan pedal minyak.

6. Pastikan cuma kaki kanan yang menekan
pedal.Kaki kiri rehatkan di lantai.

7. Perhatikan kedudukan gear.Berbeza
daripada manual yang mempunyai 5 gear
dan gear R.Transmisi auto mempunyai
beberapa pilihan iaitu P-untuk Parking R-untuk gear undur D-untuk memandu dan N-untuk Neutral (Digunakan sekiranya kereta
perlu ditolak atau ditarik.

8. Periksa kedudukan gear berada pada
parking (P).

9. Hidupkan enjin.

10. Tekan pedal brek dengan kaki kanan.

11. Gerakkan gear daripada kedudukan
(P) ke kedudukan (D).

12. Untuk keselamatan,lihat sekeliling,
termasuk titik buta (blind spots) dalam
keadaan brek tangan belum diturunkan.

13. Sekiranya keadaan selamat,lepaskan
brek tangan.

14. Gunakan isyarat sekiranya ada
kenderaan lain.

15. Lepaskan brek kaki dengan perlahan dan
kereta akan mula bergerak ke hadapan.

16. Tekan pedal minyak untuk meningkatkan
kelajuan.
Kalau untuk drive biasa-biasa pakai gear D terus ke destinasi.

Dia akan automatic shift dari gear 1-2-3-4
(kereta 4 speed auto)

Kalau letak kat 3,1-2-3,sampai gear 3 saja,kalau
2 sampai gear 2 saja
Kalau dari D-masuk ke 2,dia akn drop dari
gear 4 ke gear 2
Gear 3 atau 2 biasa pakai untuk turun bukit
(engine braking) bila ingin kurangkan guna
brake,sama mcm manual
Ramai orang pakai gear 3 atau 2 untuk
memotong.dari D follow kereta depan bagi
signal,keluar kanan,masuk gear 3 atau pintas...
(JANGAN memotong double line ya!)
Kalau inginkan speed up atau ingin motong sambil
naik bukit,bolehlah tekan butang OD
juga kalau ada.Jalan biasa tidak boleh jugak kalau nak
pakai OD.kalau gear L ngan 2 biase pakai untuk panjat
bukit yang curam.Gunakanlah gear “D” , “3″, “2″, or “L”
mengikut kesesuaian samada untuk
mengawal kelajuan (tanpa brek) dalam
keadaan tertentu seperti mendaki, kesesakan
lalu lintas dan hujan.

Memandu kereta transmisi automatik berbeza
sedikit berbanding dengan kereta transmisi
manual.Memandu kereta transmisi
automatik sangat mudah kerana pemandu
tidak perlu mempelajari teknik mengawal
klac dan menukar gear yang kebiasaannya
menjadi satu masalah buat pemandu
yang
baru belajar dan juga guru sekolah memandu.

Mungkin anda telah belajar memandu kereta
transmisi manual dan mendapati sangat
susah untuk menguasai teknik pertukaran
gear dan mengawal klac.Sekiranya anda
mengalami masalah ini anda bolehlah
bertukar kepada kereta transmisi automatik.
Bagaimanapun operasi transmisi automatik
dan fungsinya berbeza.

Anda perlu tahu cara
memandunya sebelum dapat merasai
kesenangannya.Senanglah pula kalau masa
test lesen pakai auto terus kan... kan.... tapi
TIDAK...!! kena susahkan dulu jugak...!! Ini sedikit tips dan cara-cara
pemanduan kereta transmisi automatik.

Tips
Kereta akan bergerak kehadapan sebaik
sahaja anda memilih ke D. Pastikan kaki
anda menekan brek sehingga anda benar-
benar bersedia untuk bergerak.
Memandu kereta automatik lebih senang
berbanding kereta manual.Anda mempunyai
banyak masa utuk memerhatikan keadaan
jalan dan sebarang bahaya yang akan
berlaku.
Anda masih perlu untuk mempelajari cara-cara pemanduan berhemah.
Anda perlu mempelajari papan tanda jalan
dan isyarat-isyarat.

Anda tidak perlu meletakkan kedudukan gear
pada kedudukan Neutral N sekiranya
berhenti di lampu isyarat.Tetapi sekiranya
anda berhenti terlalu lama,bolehlah
meletakkan gear pada kedudukan Neutral.Permasalahan
Butang OD means Over Drive.
Ia berfungsi
untuk menurunkan gear.

Katakan kereta
anda 5 automatic speed.Bila anda tekan
butang overdrive,gear akan drop dari gear 5 ke gear 4.kereta dapat tork yang lebih dan digunakan untuk memotong atau mendaki bukit.
Sama prinsip kereta manual.

Bila ingin memotong,kita akan turun gear 5 ke 4 untuk
mendapat tork lebih.sebab kalau tidak
pakai,disable / off butang OD itu.Kalu tidak,ia
akan menyebabkan kereta sentiasa di gear 4.

Then bila anda asyik menekan minyak untuk
laju,clutch gear semakin panas,mungkin
terbakar sedikit dan naik bau terbakar dia
akan masuk dalam kabin.Lama2, automatic
clutch anda akan cepat haus... Bila sudah
haus,kereta sudah tiada power = telan minyak lagi kuat.

Kos menukar clutch untuk gear automatik
biasanya 5 -6 kali ganda gear manual.Dan
tidak semua kedai berkemahiran nak tukar
dan biasanya tokey akan suggest beli gearbox seken yang kita sendiri tidak tahu condition
clutch didalamnya..!

Long story short,gunakan butang OD dengan bijak..!
Bawak auto tidak payah main-main gear dia masukkan D jalan sajalah... tekan break kalau di lampu merah... Lepas itu jalan.

Di ingatkan jangan suka-suka main gearbox auto!
sebab kos untuk repair memang sakit
kepala… janji 20000-25000km tukarlah
gearbox dan oil sekali.pastikan guna yang
original bukan yang murah-murah.kalau kareta tiada oil
transmission oil cooler so.. pasanglah sebab untuk jaga auto… nanti bila naik bukit pun
senang.memang power dari manual.

Auto Cruise tu guna masa ko kat
highway ada  button untuk on dia.
Leoas itu
setkan kepada kelajuan yang diinginkan.lepas itu
lepas kan padel minyak nanti komputer
akan setkan kelajuan yang di minta
bila depan ada halangan tekan breakor
cancel auto cruise akan reset.bawa macam
normal balik kena tekan pedal minyak
Masa di trafic light kalau berhenti
melebihi 10 minit dinasihatkan tukar
kepada N.Kalau tidak,biarkan saja D.

bila di trafic light tekan brek saja.. Bila Hijau  lampu tekan
minyak terus.dinasihatkan jangan bawa
kareta auto macam bawa manual! boleh
Merosakkan gearbox..! Ingat! Anda bukannya bawa kareta
lumba..

Bawa cara berhemah..!

                           -By Blogger My-
Previous
Next Post »
Post a Comment
Thanks for your comment