Terima-kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Semoga bermanfaat"

Tanda-Tanda Sakit Dibadan

Tahukah Anda Tanda-Tanda Sakit Dibadan Kita Boleh Diketahui..!


Salam semua pembaca yang dihormati sekalian! Hari ini saya ingin kongsikan kepada anda info kesihatan.

Tanda-tanda sakit di badan
memberi beberapa maksud tertentu.
Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini.

Bacalah keterangan di bawah supaya
anda memahaminya.Info di bawah ini
antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan
berhubung kait dengan fungsi badan yang
lain.Bacalah untuk menilai sejauh mana
kesihatan diri anda kerana informasi ini
cukup bagus sebagai bahan rujukan.

Apa-apa pun,kalau anda ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ini sebenar nya sakit.

1. MATA
(Bertindak balas pada keadaan hati)

a) Mata menjadi merah : hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi.Menandakan proses
penyeimbangan hati sedang berlaku.

c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah,
pembuangan toksin sedang berlaku.Ini jugamenunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang
bersangkut dengan hati atau bebanan kerja

e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG
(Hidung mempunyai hubungan
rapat dengan paru-paru dan kerongkong)

a) Selesema : Proses pembuangan toksin dibahagian kerongkong.Badan mengandungi asid berlebihan
(biasanya suhu badan meningkat)

b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

b) Bersin :
i) Proses membuang toksin di bahagian
kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK
a) Batuk keluar kahak : Proses membuang
toksin di bahagian kerongkong.

b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru
mengandungi toksin yang berlebihan.
Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.

c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong :
Proses membuang toksin di bahagian
kerongkong dan paru-paru,biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
a) Kerongkong kering : Proses membuang
toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

b) Sakit kerongkong : Seperti di atas.
Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR
(Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh
sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.
Sepatutnya diperkuatkan fungsi
penghadaman dahulu dengan RG sebelum
memakan zat besi.

b) Bibir kering dan pecah : Perut
mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH
(Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah)

a) Lidah atau gusi bengkak sakit :
Menunjukkan jantung mempunyai masalah,seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah,saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

b) Lidah,tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser) : Menandakan darah
mengandungi asid berlebihan.

c) Mulut berbau busuk : Proses
penyeimbangan fungsi perut untuk
pembuangan toksin.

7. TELINGA
(Berkaitan dengan buah pinggang)
a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT
(Berpeluh)
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.

b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan
toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses
menyingkirkan toksin melalui kulit akibat
terlalu banyak memakan ubat yang
mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses
pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit
berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi
buah pinggang yang lemah.Selepas proses
gugur,rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI,TANGAN DAN KAKI
a) SAKIT SENDI :
i) Rasa panas,Menunjukkan terdapat luka dibahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).

ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).

iii) Sakit di bahagian bahu.Menandakan
saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di
bahagian atas badan tidak lancar.

c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana,ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di
bahagian bawah badan tidak lancar.

e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah
pinggang lemah.Biasanya disebabkan oleh
kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan
kelemahan fungsi alat kelamin.

g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI :
Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI :
Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN
a) KEPALA : Secara amnya,segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah,jantung dan saraf otak.

b) PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN
KEPALA : Menandakan sakit tekanan jiwa
(neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

c) PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA : 
i) Bahagian atas Menunjukkan penyakit
tekanan darah tinggi.

ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

d) SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR
DARI TELINGA : Menandakan penyakit
migrain.

e) BISUL TERJADI DI KEPALA : Tanda
pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

f) RASA PENING YANG MEMUSING : Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH
a) LOYA/MUNTAH : Tanda penyakit lelah.
Pembuangan bahan toksik dari bahagian
perut.

b) MUNTAH DARAH :
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut,misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK
Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman.

18. KENCING
a) KERAP KENCING : Menunjukkan buah
pinggang mengandungi kotoran

b) AIR KENCING BERKAPUR : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR :
Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG,menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.

c) NAJIS BERDARAH :
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya,segala
kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.

ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.

iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ
badan.

iv) Sakit menegang : Proses melancarkan
pengaliran darah.

b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH : Badan mengandungi asid yang berlebihan.Proses penyeimbangan

c) BADAN TERASA PANAS : Badan
mengandungi asid yang berlebihan.Ini
menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan
badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang.Tenaga batinlemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah.Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem
paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Disediakan oleh:

Pn. Rusnani Omar

Penolong Pendaftar

Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan

Universiti Malaysia Perlis.


                          -By Blogger My-
Previous
Next Post »
Post a Comment
Thanks for your comment