Terima-kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Semoga bermanfaat"

10 Perkara Perlu Dielak Semasa Memandu



10 Perkara penting perlu dielakkan semasa memandu



Kita menghabiskan purata 20% dari hidup berada dalam status perjalanan.Sama ada kita penumpang atau pun pemandu.10 Tips ini boleh dipraktikan atau sebagai nasihat kepada pemandu-pemandu semua! Jom kita belajar cara lebih selamat ketika memandu.

Pemandu mabuk tidak dapat menganggar jarak dan objek dengan baik



Click "baca lagi" dibawah untuk mengetahui lebih lanjut.

1. ARAK
Kita sedia maklum.arak adalah pembunuh utama jalan raya di seluruh dunia.hampir 65% kemalangan jalanraya di dunia adalah akibat dari pengambilan minuman beralcohol berlebihan dari kadar yg ditetapkan.

Malah Islam melarang pengambilan arak (haram) kerana memudaratkan kesihatan. Seseorang pemandu yang dipengaruhi oleh alcohol akan mengambil masa lebih dari 3- 5 saat untuk bertindak dari biasa.Jadi jangan minum arak.anda bukan sahaja selamat di jalan raya,malah di dunia dan akhirat!


2. PENJAGAAN KENDERAAN
Menjaga kenderaan anda dengan baik dapat mengurangkan risiko kenderaan anda rosak pada saat saat kritikal.Contohnya brake kereta yg berfungsi dengan baik,enjin, suspensi dan juga driveshaft.

Bayangkan jika kereta anda dalam saat saat kiritikal perlu diberhentikan dengan segera, namun brake anda gagal berfungsi,Malang tidak berbau.

tetapi jika anda kedekut untuk maintenance kenderaan anda,jangan merungut sekiranya anda terpaksa membayar lebih bila ia rosak di tengah-tengah perjalanan.

Percayalah,Ia tidak berbaloi.terutama sekali bila anda kehilangan orang yg tersayang akibat dari kebakhilan anda.


memandu laju tidak menjamin anda sampai ke destinasi dengan cepat.

3. JANGAN BAWA LAJU
Secara  purata otak manusia boleh memprocess antara 7/10 saat pergerakkan input visual dari mata.Namun otot kita memerlukan antara 500/1000 saat untuk tindak balas informasi visual tersebut.

Jadi jangan bawa laju.kerana walaupun otak anda cepat untuk memprocess data,namun Otot anda tidak secepat otak.mengikut kajian,para penguna yang selalu bermain game berbentuk aksi yg laju dapat mengurangkan masa process dan tindak balas.

tapi ini tidak menjamin anda akan lebih cekap memandu.Pandulah dengan kelajuan yg ditetapkan.tidak guna bawa laju tapi tak sampai ke destinasi.anda mungkin dikira bertuah jika sampai ke hospital.jangan tak sampai langsung sudah lah!


4. JANGAN RAPAT DENGAN KENDERAAN DIHADAPAN
Memang benar,di zaman sekarang,dimana kebanyakkan penguna jalanraya adalah orang-orang yg tidak dididik dengan betul dalam keselamatan jalanraya mempunyai sikap yg amat menyedihkan bila kita membiarkan ruang jarak antara kenderaan kita dengan kenderaan hadapan.

selalunya orang sebegini merasakan kita memang sengaja nak bagii ruang itu kepada mereka.lalu dengan tidak segan silu mereka menyelit dan menghimpit.

tetapi ketahuilah,lebih baik mengalah daripada menghadapi situasi dimana anda terpaksa berhenti ke tepi dan berbincang dengan orang tadi yang baru saja terlanggar kereta anda (akibat dari tindakan anda tidak mahu mengalah)

gunakan peraturan jarak "3  saat" semasa memandu untuk menggangar jarak antara kereta anda dengan kenderaan dihadapan. sekiranya anda berkesempatan,cari jalan yg sunyi dan lurus,kemudian bawa kenderaan pada kelajuan tertentu.

dan cuba berhentikan kerata anda pada kelajuan tersebut.lihat jarak yang diperlukan untuk memberhentikan kereta anda sepenuhnya.anda mesti tak mahu berada dalam situasi dimana kereta anda telah terlanggar kereta hadapan kerata terlampau hampir dan tiada ruang untuk kereta anda berhenti dengan selamat.

5.REHAT DENGAN CUKUP
Memandu dalam keadaan mengantuk atau tersengguk-senguk adalah sama bahaya dengan pemandu mabuk.

Berhentilah ditempat yg selamat.tidur 1/2jam pun tak mengapa.apalah sangat beza 1/2jam lambaat ke destinasi dengan lambat yang tidak sampai langsung..! Pemandu yang penat bukan sahaja membahayakan diri sendiri,malah membahayakan kepada penguna jalanraya yang lain.

tiada minuman atau pun suppliment yang dapat menghilangkan rasa mengantuk selain lebih baik tidur.pastikan anda mendapatkan tidur secukupnya sebelum memulakan pemanduan.



6.GUNAKAN LORONG YANG BETUL
Kesilapan yang paling kerap dilakukan oleh pemandu Malaysia.mengunakan lorong yg salah ketika memandu.menyusur ke simpang secara mengejut kerana berada di lorong yang paling kanan amat membahayakan.

Memandu terlampau laju atau terlampau perlahan dilorong yg salah.memotong kenderaan dari lorong kiri.berhenti di lorong kecemasan tanpa amaran atau lampu kecemasan dan memotong dilorong yg berliku ( double line)

Kita saling melihat orang melakukan kelakuan seperti ini.tetapi kita lupa,kita pun selalu buat kesalahan-kesalahan yang sama? jadi sebelum hendak betulkan orang lain,eloklah betulkan diri sendiri dulu!

Awas. Tayar kenderaan berat mempunyai tekanan tinggi yg boleh meletup


7.ELAK DARI MEMANDU BERHAMPIRAN KENDERAAN BERAT
Kenderaan berat memgambil masa yang lama untuk berhenti.Kenderaan berat menghadapi masalah apabila menuruni jalan curam atau mendaki bukit.kenderaan berat di Malaysia saling mengunakan tayar celup (yang mudah tercabut bunganya)

tahukah anda purata tekanan PSI dalam tayar kenderaaan berat seperti treller,lori dan bas mampu memecahkan tingkap kereta anda sekiranya kenderaan anda berada bersebelahan dari tayar mereka ? Jadi mengapa perlu ambil risiko? jika mampu,potonglah mereka! jika tidak jauhkan kenderaan anda!

Kereta yg dipandu laju dikawasan basah boleh meluncur diatas air (hydroplane)


8.MEMANDU DALAM KEADAAN HUHAN/BASAH
Jika anda mampu berhati-hatilah setika berada dikawasan basah seperti dapur rumah dan tandas,gunakanlah cara berhati-hatu tersebut di jalanraya.

Memandu didalam hujan memerlukan konsentrasi yang lebih.gunakan gear rendah ketika mengharungi banjir yg tidak dalam. jarakkan kereta anda dari kereta hadapan ketika hendak mengharungi air.

ini bagi mengelakkan kereta anda berhenti mendadak didalam lopak air yg dalam (menyebabkan engin dimasuki air dan berhenti) tunggu hingga kereta hadapan berjaya mengharungi,kemudian baru giliran anda.

secara tidak langsung,anda dapat mengagak kedalaman air tersebut sebelum melakukan harungan dengan kenderaan. Tayar kereta yg botak atau bunga yg telah keras boleh menyebabkan kereta anda mengelungsur kerana tiada cengkaman.

memandu laju ke lopak air juga boleh menyebabkan kenderaan anda meluncur di permukaan air (hydroplane) dan hilang kawalan.Pastikan cermin kereta anda bersih dan wiper kereta berada dalam keadaan baik.Sekiranya perlu,sapukan pekatan anti hujan di cermin bagi memudahkan cermin kereta anda mengekang air dari berkumpul.

Jangan anggap anda sorang sahaja yg mampu marah. orang lain pun boleh.

9. MEMANDU DALAM KEADAAN  EMOSI YANG TIDAK STABIL
Memandu dalam keadaan marah,
terlampau sedih,terlampau gembira, terlampau takut dan segala bentuk terlampau adalah ditegah.

Kalau marah sangat,berhenti kejap di tepi gerai jual air.minum air sejuk.istigfar banyak-banyak.Insyallah ok.

Kalau sedih suruhlah orang lain memandu. kalau gembira sangat try lah ingat perkara yg sedih-sedih baru la hilang skit gembira itu.kalau takut sangat baik naik bas saja.tak payah la memandu.buang minyak saja! 

10. PATUHILAH PERATURAN JALANRAYA
Jangan melanggar lampu isyarat.Jangan melanggar had laju.Jangan memotong di tempat yg dilarang.Jangan memandu terlampau perlahan.Jangan angkuh dan merasa diri sebagai jaguh jalanan.

Berlumba di jalanraya tidak memberikan faedah malah kos nya amat tinggi.Hormati penguna jalanraya lain.Sekiranya penguna jalanraya lain tidak menghormati anda,dia hanyalah segelintir pemandu dari ramai pemandu yang mematuhi jalanraya.

Laporkan pemanduan yang merbahaya pada pihak berkuasa.Anda mungkin dapat menyelamatkan orang begini dari mencederakan orang yang anda sayang kelak tanpa anda sedari.


INFO BONUS
Pemandu kereta yang tidak pernah menunggang motorsikal didapati tidak menghormati penguna motorsikal dengan sepatutnya.untuk memahami bagaimana keadaan seorang pemandu motosikal,anda disarankan menjadi penguna motosikal.

kemudian tanya pada diri anda sendiri! apa jadi sekiranya orang lain memandu kenderaan melakukan perbuatan yang sama tidak mengendahkan keselamatan anda (semasa anda menaiki motosikal)
mesti anda kan tidak sukakan? Jadi kesianlah sikit pada mereka yang tunggang motorsikal.

Dia pun ada orang yang  tersayang juga sedang menunggu di rumah!

                       -By Blogger My-
Previous
Next Post »
Post a Comment
Thanks for your comment