Terima-kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Semoga bermanfaat"

10 Hari Bawa Emas Dalam Perut

Sepuluh hari Simpan 430 gram Emas Dalam Perut


Macam-macam cara orang menyeludup emas zaman sekarang ini! Ini kejadian berlaku di airport india Mangalore.

Seorang lelaki sanggup menelan emas tersebut seberat 430 gram untuk diseludup dibawa ke India.

Walaupun dia berjaya mengelak daripada dikesan kastam tetapi kegiatannya itu terbongkar juga selepas mengadu sakit perut dan terpaksa mendapatkan rawatan di klinik.

Lelaki yang dikenali sebagai SS,44,berasal dari Kerala itu menyeludup emas berkenaan dari Dubai.

Tetapi,malangnya kegagalan doktor di klinik tersebut mengeluarkan emas yang ditelannya menyebabkan dia terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Kasturba.

Di hospital sebaik pihak hospital mengetahui perkara berkenaan,doktor di hospital segera menghubungi polis.

Emas seberat hampir setengah kilogram itu dipercayai sekurang-kurangnya sudah berada di dalam perut SS selama sepuluh hari.

Memang pelik dan berani perbuatan lelaki tersebutkan! Tetapi,cuba anda bayangkan jika anda menelan ketul emas itu,kalau tercekik macammana..!

Itulah kalau inginkan kekayaan cepat tidakkan ingat risiko bahayanya lagi akibat dari perbuatannya itu!

Sekian saja perkongsian saya hari ini.
Terima-kasih kerana sudi membaca!

                           -By Blogger My-
Previous
Next Post »
Post a Comment
Thanks for your comment