Terima-kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Semoga bermanfaat"

20 Kesilapan Filem Ombak Rindu

20 Kesilapan Didalam Filem "OMBAK RINDU" Yang Para Penonton Tidak Sedari..!!


Pasti ramai diantara para penonton filem ombak rindu yang tidak perasan atau sedari bahawa banyak kesilapan disebalik aksi-aksi dalam filem ombak rindu..!

walaupun filem ombak rindu telah lama ditayangkan,namun kehangatan jalan ceritanya yang menjadi padat dan juga menyayatkan hati yang mana menjadi sebutan juga ingatan penonton Malaysia.Walaupun dipuji melambung oleh peminat-peminat industri hiburan tanahair dan mendapat sambutan hangat dengan jumlah kutipan jualan tiket mencecah RM10.01 juta sehingga 30 Disember tahun lalu.namun filem Ombak Rindu tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

Ada beberapa sumber yang saya dapat mengkritik menyenaraikan lebih 20 kesilapan filem dalam Ombak Rindu yang mungkin tidak disedari oleh ramai penonton filem tersebut setelah diteliti dari sudut ‘shot’ audio dan visualnya.

Antara kesilapan-kesilapan yang dikenal pasti oleh pemilik itu ialah mengenai arah laluan keretapi yang dinaiki Izzah untuk ke Kuala Lumpur adalah bertentangan dengan arah sebenar dan menunjukkan ia menuju ke arah Arau atau Thailand.Scene keretapi ini dilakonkan di stesen kereta api Alor Star.Ianya berdasarkan struktur stesen dan kawasan yang dalam pembinaan.yang mana adalah dahulunya adalah bangunan lama.

Dalam filem ini,Izzah naik tren pergi ke Kuala Lumpur.Dalam realitinya,tren yang dinaiki Izzah sebenarnya menuju ke Arau dan seterusnya ke Siam. Untuk ke Kuala Lumpur,tren sepatutnya datang dari arah yang berlawanan.Dan,tren tersebut hanya ada pada waktu malam.

Dari sumber juga turut mendedahkan mengenai sikap ambil mudah produksi Ombak Rindu mengenai pakaian yang dipakai hero filem "Haris" yang sekejap basah dan kering begitu cepat sekali.Haris yang basah kuyup sebab tolong Izzah masuk ke dalam kelab malam dengan baju putih yang dipakainya tadi semasa menyelamatkan Izzah.

Peliknya,bajunya kering dan tidak menunjukkan tanda tanda basah sedikit pun (walaupun ada adegan Haris lap mukanya dengan tisu) Sempat plak Haris betulkan rambutnya yang basah.Malah,semasa Haris buka bajunya dan menampakkan singlet.ketara sangat singletnya tak kelihatan basah dan melekit ke badan pun.

Malah,baju yang sama,seluar jeans basah dan dengan kasut yang sama juga dipakai sehinggalah dia balik berjumpa mamanya.Nampaknya Haris memang suka pakai baju,seluardan kasut basah.sungguh tidak logik!

Selain itu turut mempertikaikan tentang sekeping gambar di dinding bilik yang muncul tiba-tiba di dalam bilik Izzah.Sekeping gambar muncul di lajur tengah bawah secara tiba-tiba lepas tukar posisi.lagi mempersoalkan mengenai sebuah bakul sampah di dalam bilik air yang ditendang Haris yang gagal dikesan hilang entah ke mana! Bakul sampah yang disepak Haris hilang entah kemana walaupun tidak ada siapa pun orang lain yang mengubahkannya semasa Haris angkat Izzah.
Hilang entah kemana bakul sampah itu!

Begitu juga dengan tali yang sepatutnya berada di depan hujung sampan di dalam adegan jam Izzah terjatuh ke dalam sungai,tali itu juga hilang tiba-tiba sebagaimana bakul sampah tersebut.dan juga dipertikaikan mengenai pergerakan bibir pada beberapa dialog filem yang tidak sama dengan audio filem yang mungkin disebabkan oleh kelemahan rakaman suara filem Ombak Rindu itu.
AUDIO PROBLEM /Synchronization:

Semasa Afiah cakap "I dan Haris tiada apa-apa hubungan" ucapannya tidak sama dengan bibirnya. “AUDIO PROBLEM /Synchronization: Mulut Izzah masih bergerak walaupun dia sudah selesai sebut.

sementara Pak Dollah dan Mak Jah balik,dalam babak selepas itu,pada adegan Haris menghubungi Izzah menggunakan telefon rumah,nombor yang tertera di telefon bimbit Izzah menunjukkan nombor telefon Haris bermula dengan nombor 010 atau 016.kesimpulannya Haris telefon Izzah guna telefon rumah.Tetapi,kenapa di handphone Izzah,terlihat nombor 010 ataupun 016 (which means that) haris menhubungi izzah bukan dari telepon rumah tetapi dari telepon bimbit.

itulah diantara kesilapan pembikinan filem tersebut yang didedahkan kelemahannya filem itu.

                                      -By Blogger My-
Previous
Next Post »
Post a Comment
Thanks for your comment