Siapa Nak Khawin Murah Cuma RM1000, Sahaja!
“Saya gembira kerana bukan saja dapat melangsungkan perkahwinan bersama kakak pada hari sama, tetapi bersama puluhan pasangan lain. Ini membuatkan hari bersejarah saya lebih bermakna,” kata Nor Aina Ahmad, 20, seorang daripada pengantin yang menyertai Majlis Pernikahan Beramai-Ramai Jama’ie Syar’ie di Masjid Sultan Azlan Shah, di sini, semalam.Dalam majlis bermula jam 8 pagi itu, seramai 60 pasangan diijabkabulkan dan majlis berkenaan lebih bermakna apabila dianjurkan pada cuti umum sempena sambutan Hari Malaysia.
Program kali ketiga anjuran Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) itu dimulakan dengan pendaftaran pasangan serta sesi taklimat dan kemudian khutbah nikah, akad nikah, solat sunat nikah, penyerahan mas kahwin, penyerahan tanggungjawab, perarakan raja sehari, majlis makan beradab dan sesi fotografi.
Nor Aina berkata, pada awalnya dia seorang saja yang mendaftar menyertai program nikah beramai-ramai itu, namun pada saat akhir kakaknya, Norasellawati, 25, membuat keputusan turut serta.
“Pada awalnya hanya saya bersama pasangan saja yang mendaftar, tetapi pada saat akhir kakak pun turut mendaftar kerana sebelum ini memang kami mempunyai perancangan mengadakan majlis perkahwinan secara serentak.
-By Blogger My-