Terima-kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Semoga bermanfaat"

Dua Kali Malang!


PADAH!! Labur Skim Pelaburan "Forex"

Seorang tukang paip bukan hanya menjadi mangsa sindiket skim pelaburan ‘forex’ malah lebih parah apabila maklumat peribadinya digunakan sindiket untuk meminjam wang daripada ceti haram (along).

Mangsa berusia 23 tahun itu hanya menyedari perkara itu apabila sekumpulan samseng along muncul di hadapan rumahnya dan menuntut dia membayar hutang.

Mangsa yang dikenali sebagai Lim berkata, dia ghairah menyertai skim pelaburan ‘forex’ yang diterima melalui SMS selepas dijanjikan mendapat pulangan lumayan.

Menurutnya, individu yang memperkenalkan dirinya sebagai Thomas menawarkan skim pelaburan dengan pulangan tetap sebanyak RM400 setiap bulan bagi pelaburan berjumlah RM4,500.

“Saya yang terpengaruh dengan janji manis lelaki itu bertindak memindahkan wang tunai berjumlah RM5,520 termasuk yuran pemprosesan RM1,020 ke akaun bank suspek.

                                  -By Blogger My-
Previous
Next Post »
Post a Comment
Thanks for your comment