Terima-kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Semoga bermanfaat"

Tips Beli Handphone Baru


Hai.. pembaca semua apa khabar? hari ini saya rasa nak share kan sikit tentang tips-tips ketika nak beli handphone baru. Anda yang maybe akan beli handphone baru dalam masa terdekat wajib baca. Walaupun anda tak nak beli handphone pun wajib baca Juga sebagai peringatan sebelum terkena!

OK, maybe anda pernah beli handphone sendiri sebelum ini. Tapi anda tahu tidak sebenarnya ramai antara pembeli handphone sekarang ini 'kena tipu' secara halus oleh tauke-tauke kedai yang tidak munasabah?

Mengikut pengalaman saya yang suka berkunjung ke kedai handphone, banyak sebenarnya yang saya perhatikan terutamanya ketika seseorang nak beli handphone baru.

Ada saja tawaran daripada si jurujual yang seolah-olah memaksa pelanggan mereka untuk menerima tawaran mereka ini. Ada yang menyarankan untuk membeli memory card 2GB dengan harga RM30 yang kononnya murah. Sedangkan di Low Yat, memory card 8GB hanya berharga RM20 sahaja!

Dalam post ini ingin saya share kan kepada pembaca yang dihormati mengenai sekalian tentang tips yang perlu anda ingat ketika beli handphone.

1. Bijak tawar-menawar

Anda mesti nak handphone dengan harga yang murah kan? Jadi apa salahnya anda buat survey dulu model handphone yang anda nak beli dekat kedai-kedai lain. Survey banyak-banyak sampai jumpa kedai yang betul-betul murah.

Bila dah jumpa model handphone yang anda nak cari itu, dengan harga yang paling murah, anda cubalah minta tawar pada jurujual itu. Tawarlah serendah yang mungkin. Contoh kalau harga handphone itu RM500, anda tawarlah jadi RM450 ke?.

Kalau dia tak bagi turun harga, anda cuba acah-acah tak nak beli atau cuba compare dengan kedai lain. Teknik ini paling penting untuk physco si jurujual ini Selalunya si jurujual akan cair dengan physco yang anda buat. Percayalah..!

2. Jangan terima tawaran masukkan software jika di caj

Benda ini banyak kali saya perhatikan bila nak beli handphone baru. Anda janganlah tertipu dengan tawaran yang kata masuk software itu masuk software ini dapat murah. Anda tahu tak, anda boleh masukkan software itu sendiri..!

Serius pandai jurujual handphone ini 'pancing' pelanggan mereka. Ada ke patut dia kata akan siapkan sekali dengan jailbreak handphone Android (kalau anda beli phone Android) bila anda bayar 'pakej' yang mareka tawarkan. Kononnya anda boleh download software free dengan apps yang mareka masukkan itu

Apakah Jailbreak pada Android? Ini adalah satu penipuan terang-terangan! Mana ada istilah jailbreak dalam Android? Jailbreak untuk iPhone saja! Jadi anda hati-hati. Kalau dia rela nak masukkan dengan free tak mengapa. Jangan sampai di caj semata-mata nak masuk software itu. Anda nak ke bagi RM80 Pada mareka free-free?


Ini rahsia yang dikatakan boleh download apps free itu. Anda boleh cari di 4shared.com

3. Jangan bayar lebih untuk beli memory card

Ini satu lagi 'sindiket' secara halus yang jurujual handphone buat pada pelanggan mereka. Seperti apa yang saya cakap di atas tadi, memory card yang dijual dekat kedai handphone harga melampau-lampau habis! MicroSD 2GB RM30?! Itu ok lagi. Tetapi, ada yang sampai memory card 4GB RM45 kata murah? Murah?! Ok, secara eksklusif anda tengok lah sendiri harga pasaran memory card dekat Malaysia ini.



Kalau boleh, beli memory card dengan harga yang macam dalam gambar di atas itu. Pergi ke low Yat plaza atau kalau anda tinggal jauh, saya syorkan anda pergi beli dekat hypermarket macam Carrefour atau tesco sebab harga memory card di sana jauh lebih murah dengan harga pasaran.

Kalau malas nak tunggu, pergi hypermarket saja. Kalau yang duduk area KL, tak perlu tunggu PC Fair pun tidak mengapa sebab Low Yat Plaza dah memang tawarkan harga PC Fair malah jauh lebih murah daripada PC Fair yang ada 3 kali setahun.

Jadi anda jangan lah 'ter'bayar lebih kepada si jurujual handphone itu! Rugi saja nanti.

4. Screen protector lebih RM10

Ok, kalau beli handphone, jengan terima tawaran nak pasang screen protector, Sebab pasang kat kedai jual handphone harga dia lebih RM10 malah ada yang lebih mahal dari itu bergantung jenis screen protector yang anda nak pakai. Ada screen protector kalis cap jari, ada yang screen protector privacy.

Apa yang saya sarankan, kalau anda nak pasang, better pergi pasar malam saja sebab screen protector di sana harga dalam RM5 sahaja siap pasang. Di pasar malam lebih murah sebab pejual tak perlu bayar sewa kedai mahal. Jadi kalau anda nak cari aksesori handphone macam cover case ke apa, better beli di pasar malam saja. Jauh lebih murah. Anda pun dapat save budget anda.

5. Pastikan No. IMEI di handphone dan kotak pakej adalah sama (jika beli baru)

Yang ini untuk anda yang nak beli handphone baru. Kalau beli handphone second hand tak perlu ikut. Tiada kotak pun tak apa. benda ini simple saja anda tengok no. IMEI dekat handphone baru yang anda nak beli itu. Lepas itu compare kan dengan kotak handphone tadi. Pastikan sama! Nanti senang nak claim waranty.



No. IMEI pada kotak dengan handphone pastikan sama!

Macam mana nak tengok no. IMEI dekat phone? Dail *#06#. Nanti secara automatik handphone akan paparkan no. IMEI. Kalau susah sangat, anda boleh rujuk no. IMEI di belakang battery handphone.

Peringatan!

Saya harap sangat anda cuba ingat tips-tips ini before beli handphone baru. Kalau ada kawan-kawan minta temankan beli handphone nanti Jangan lupa kalau boleh ingatkan tentang tips-tips ini. Jadilah pembeli yang bijak supaya anda tak tertipu dengan 'tipu muslihat' jurujual handphone ini.

Ok lah, sekian sahaja untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca! Sekian.

Nota: Kalau saya beli phone, saya akan tawar setawar-tawarnya harga handphone itu before beli. Lepas itu saya akan ignore segala tawaran yang jurujual tawarkan pada saya contoh macam protector, aksesori apa semua. Saya just nak beli handphone saja. Dengan cara itu lah baru rasa puas beli dan guna handphone baru itu.

                                -By Blogger My-
Previous
Next Post »
Post a Comment
Thanks for your comment