Terima-kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Semoga bermanfaat"

Sebab-Sebab Kenapa Lelaki Curang


Ini adalah antara sebab-sebab kenapa lelaki curang! Percaya atau tidak terpulang kepada anda!

Pernahkah anda terfikir kenapa dan apa punca dan sebab lelaki curang dengan wanita (pasangan mereka?)

Tidak dinafikan, banyak lelaki yang berlaku curang dengan pasangan mereka walaupun sudah berkahwin tetapi tahukan anda apa sebab utama yang
menyebabkan mereka cenderung untuk curang?

Sama ada anda tahu atau tidak, lelaki/perempuan yang curang pasti akan menunjukan ciri-ciri kekasih curang tak kira bagaimana mereka berusaha agar
kecurangan mereka tidak diketahui oleh pasangan mereka.

Dibawah ini adalah 8 senarai punca dan
sebab mengapa lelaki curang dengan wanita yang popular:

1) Mata Duitan Bagi kaum wanita, agak malang kalau pasangan anda seorang mata duitan dan hanya pentingkan duit
semata-mata.Lelaki seperti ini memang jenis yang akan tinggalkan anda apabila mendapat kekasih lain yang kaya-raya.

Bagi lelaki mata duitan, wang adalah segala-galanya bagi mereka dan mereka mungkin akan tinggalkan anda begitu sahaja tanpa memikirkan keadaan anda.

2) Benci Dengan Pasangan Atas sebab-sebab tertentu seperti selalu di perlekehkan atau dipermainkan, lelaki benci dengan pasangannya tetapi tidak berani membalas secara direct.

Sesetengah daripada mereka memilih untuk membalas dendam secara sembunyi iaitu dengan berlaku curang.

3) Playboy atau Kaki Perempuan
Lelaki curang dengan pasangan mungkin di sebabkan perangainya yang memang jenis playboy dan tidak boleh setia pada yang satu.

Lelaki yang kaki perempuan memang pantang tengok perempuan cantik
sedikit dan biasanya tindak tanduk mereka senang untuk dikesan dari cara mereka memerhatikan perempuan lain ketika anda keluar bersama. 

Lelaki seperti ini harus di elakan dari awal-awal perhubungan walaupun lelaki itu pandai ambil hati, handsome dan
banyak duit.

4) Penampilan Pasangan di Masa mula-mula kenal dulu, pasangannya pandai
bergaya, kemas dan menjaga penampilan diri setiap kali berjumpa.

Namun, setelah beberapa lama, pasangan mereka mula malas menjaga penampilan
diri dan kelihatan serabai dan selekeh berbanding dulu. 

Sebab itulah, para wanita disarankan untuk sentiasa menjaga penampilan diri walaupun selepas berkahwin. 

Tidak dinafikan para wanita yang telah
berkahwin dan mempunyai anak kebanykannya tidak mempunyai masa untuk menjaga penampilan diri
tetapi seboleh-bolehnya biarlah kemas.

5) Keliru dan Tidak Serius Lelaki kadang-kadang mengungkapkan kata cinta
tanpa berfikir panjang dan tidak serius dalam perhubungan.

Selepas beberapa lama, mungkin dia
akan terfikir bahawa anda bukanlah pilihan hatinya.

Oleh kerana takut atau belum bersedia untuk memutuskan hubungan, lelaki tersebut mengambil keputusan untuk curang dengan wanita lain tanpa
pengetahuan pasangannya.

6) Bosan Dengan Pasangan Lelaki kalau dia bosan dengan sikap dan perangai
pasangannya, dia tidak akan memberitahu pasangannya secara terus-terang. 

Mungkin dia bosan dan tidak suka dengan sikap pasangan yang terlampau cerewet dan terlalu bermanja, mengada-ngada dan sentiasa mahu lelaki tersebut menurut
kehendaknya.

Selepas beberapa lama, apabila sudah
tidak tahan lagi, maka lelaki akan mengambil keputusan untuk mencari yang lain.

7) Kurang Perhatian Lelaki cenderung untuk curang apabila pasangannya
sudah tidak memberi perhatian kepadanya lagi.

Kalau dulu pasangannya jenis caring dan sering mengambil berat, tetapi sekarang seolah-olah tidak peduli langsung dengan masalah dan aktiviti yang dilakukan
oleh lelaki.

Sekali sekala, sila bertanya dengan
pasangan anda apa yang dilakukannya sekarang atau masalah yang dihadapinya.
Dengan berbuat demikian, mereka akan merasa diri mereka dihargai oleh anda.

Tapi, janganlah setiap masa anda tanya apa yang mereka buat sebab nanti pasangan anda boleh jadi rimas dengan anda.

8) Kekasih Lama Satu lagi sebab lelaki curang ialah lelaki tersebut mungkin mempunyai kekasih lama yang berpisah atas sebab-sebab tertentu yang hanya mereka dua sahaja tahu.

Kata orang, cinta lama susah untuk dilupakan dan senang untuk berputik kembali jika selalu berjumpa dan kedua-duanya masih belum berkahwin walupun sudah ada teman lelaki/wanita yang lain.

Lelaki mungkin akan curang jika anda memberi perhatian dan layanan yang teruk berbanding kekasih
lama mereka.

                              -By Blogger My-
Previous
Next Post »

1 ulasan:

Click here for ulasan
Papaglamz
admin
06/09/2015, 20:12 ×

info yang baik. semoga kita berhati-hati untuk memlih..

Hot post - Mahu Mencari Cinta Yang Bagaimana?

Congrats bro Papaglamz you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar
Post a Comment
Thanks for your comment