Terima-kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Semoga bermanfaat"

Perlu Anda Baca

"renungan bersama pembaca semua"

[ TAZKIRAH HARI INI ]

Ada orang bangga dengan suaminya..
akhirnya suaminya itu CURANG padanya..

Ada orang bangga dengan anaknya...
akhirnya Allah ambil nyawa anaknya..

Ada orang bangga dengan hartanya...
akhirnya DISAMUN, DIRAGUT, DIROMPAK.
Ada orang bangga dengan jawatannya...
akhirnya dia diberhentikan kerja. Jadi penganggur..

Ada orang bangga dengan kecantikkannya...
akhirnya kena STROK. Habis herot. Hilang kecantikkannya..

Ada orang bangga dengan ketampanannya..akhirnya dia mengalami kemalangan..
Pecah mukanya.. Putus kakinya..
CACAT semua..

Ada orang bangga dengan pimpinannya..
akhirnya dia angkuh dan gila kuasa..
Tak sedar BERPECAH-BELAH..

Ada orang bangga dengan ilmunya...
akhirnya dia menjadi JAHIL kerana tidak mengamalkan ilmunya itu..

Siapa kita untuk berbangga dengan apa yang kita ada di atas dunia? Semua itu Allah bagi pinjam sementara. Tak perlu nak bangga dengan apa yang kita ada. Sedangkan pengakhirannya kita tak tahu akan jadi apa..
         
Manusia hari ini suka sangka-sangka
Ada sangka baik..
Ada sangka buruk..

Orang beribadah disangka riak
Orang rileks disangka malas
Orang berpakaian baru disangka menunjuk
Orang berpakaian buruk disangka hina
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sedikit disangka diet
Orang yang senyum disangka mengejek       Orang yang masam disangka merajuk
Orang berbincang disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri Orang yang menawan disangka menggoda Orang yang ceria disangka mengada
Orang yang bertanya disangka menyibuk

Hakikatnya..

Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat Mana tahu yang diam itu kerana beribadah Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya Mana tahu yang bertanya itu prihatin orangnya Justeru..

Sesuatu perkara yang kita lihat..
Jangan suka sangka-sangka
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa Kerap sangka-sangka mengundang celaka Jangan terlalu bersangka-sangka
Jauhi sikap bersangka-sangka.

"يأيها الذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم.."

"Wahai orang2 yang beriman jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.."

(AlHujurat:12)

mari kita belajar ABC to Z

A llah
B eri kita hidup
C uma seketika
D i dunia ini...
E lok kita muhasabah
F ikir akan akhir hayat
G erbang akhirat pun
H ampir tiba
I nilah hakikat hidup
J anji Allah itu pasti
K alimah syahadah
L ailaha Illallah
M uhammadurRasulullah
N ak di ucap tak pasti
O rang muda atau tua
P asti merasai mati
Q ualiti Iman jaminan syurga
R asulullah s.a.w sabda :
S iapa ucap jaminannya syurga
T api.. jika gagal
U ntuk mereka adalah neraka
V isi kita adalah akhirat
W alaupun dunia dpn kita
Y ang pasti semua akan tinggal
Z alimnya kita jika tak ada Iman dn Amal..!

                       -By Blogger My-
Previous
Next Post »
Post a Comment
Thanks for your comment