Terima-kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Semoga bermanfaat"

Pengemis Yang Berhati Mulia


"Ku Sangka Orang Gila!"

(Kisah benar)

Kisah ini diceritakan seorang sahabat baik admin.

Ceritanya bermula pada hari itu, pada
Pagi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah
sarapan di bazar batu buruk sementara
menunggu interview di stesen minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini.

Sewaktu makan, mata ini terpandang seorang pakcik yang "lusuh" karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.
Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku.

Terdetik dalam hati, apa pakcik ini
kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak.

Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah-oleh memanggil aku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang aku sangka gila tadi.

Aku bangun dengan kecewa
kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil aku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan dusini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap.

Dengan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau ke dia?" Pakcik itu diam.

Tak mengapa pakcik, saya akan bayar
ansuran kalau pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik  itu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak.

Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah itu duduk dekat tiang itu saja.

Dalam hati kecil aku cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah itu.

"Pakcik, saya sunyi makan seorang, pakcik teman saya makan jom."Pakcik itu akur dengan pelawaan aku kerana
kesungguhan aku.

Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik itu, namun kerana ingin
menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik itu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik itu.

Pakcik dari mana, tinggal dimana?
Pakcik itu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku sudah syak yang bukan-bukan.

Jangan-jangan wali ke dia ini? Mana keluarga pakcik? Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah.

Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok-pondok
mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik.

Allah...
Pakcik tinggal dimana? Pakcik itu diam tidak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja.

Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00.

Aduh.... Pakcik itu nampak raut wajah muka aku seolah-oleh melihat masalah dalam dompetku. Pakcik itu mencelah.

Nak, ambil duit ini, pakcik bayarkan.
Nak tau apa? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia
(macam dompet TGNA), dalam ada duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama

(pakcik itu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarnya Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai itu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi.

Masing-maing semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba-tiba pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku
pun turut angkat sama.

Dan paling terharu..
apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah itu..

Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat-dekat Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!!

Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi.

Aku terus berjalan ke motor aku.
Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi.

Aku tersenyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik itu. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada dua keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis:
"Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.."

Aku terkaku, dan terus pandang ke
arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu..

dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan..
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..

Sebarkan.. Seburuk mana pun luaran seseorang jangan sesekali menghina kerana siapa tahu dia lebih mulia dari kita di sisi Allah..!

                                 -By Blogger My-
Previous
Next Post »
Post a Comment
Thanks for your comment