Terima-kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Semoga bermanfaat"

Kepanasan Luar Biasa


"Kepanasan Luar Biasa Pada Lantai Rumah"


Kejadian ini terjadi di klang. Ia di ceritakan oleh seorang sahabat lama Saya rosli sulaiman. Dia tidak menyangka yang suhu panas pada lantai di kawasan pintu rumahnya begitu panas sehingga boleh menyebabkan telur yang dipecahkan di atas lantai itu masak dan lantai berkenaan berasap selepas telur itu dipecahkan.

Ini membuktikan kepanasan pada lantai itu luar biasa dan ianya pertama kali berlaku selama saya menetap di rumah ini sejak 19 tahun lalu katanya. mengenai kejadian lantai "berasap" yang berlaku di rumahnya di Jalan Johan Setia itu.

Menurutnya, suhu pada lantai rumahnya mula dikesan meningkat panas sejak baru-Baru ini ketika melalui kawasan pintu depan rumahnya menyebabkan tapak kakinya terasa panas.
Rosli berkata, dia beranggapan suhu panas pada lantai itu mempunyai kaitan dengan keadaan cuaca yang panas di daerah ini sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia memanggil tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menjalankan pemeriksaan ke rumahnya yang mulanya mengesyaki kemungkinan terdapat sistem pendawaian terputus di bahagian dinding rumahnya sehingga menyebabkan suhu pada lantai meningkat.
                           
                                -By Blogger My-
Previous
Next Post »
Post a Comment
Thanks for your comment