Terapi muzik
Ada tidak sesiapa yang tidak suka dengar muzik dizaman sekarang! Tentu semua orang sukakan muzik bukan..! Tahukah anda muzik hiburan yang menjadi sebahagian daripada hidup kebanyakan remaja masa kini.Dengan kehadiran genre dan rentak yang pelbagai,kebanyakan anak muda menjadikan muzik sebagai suatu ketagihan dan keperluan dalam kehidupan seharian.
Hakikatnya,muzik memainkan peranan penting dalam kehidupan remaja.Bagi sesetengah individu,muzik memberikan keselesaan dan menjadi teman sokongan pada masa kesepian.Ia juga memberikan impak yang mendalam kepada remaja. Contohnya,apabila seseorang mendengar muzik mengikut ‘mood’ mereka.Ia dapat memberikan kesan positif dan mengalihkan perhatian daripada permasalahan hidup.
Banyak kebaikannya mendengar muzik. Ramai orang kata muzik membangkitkan mood dan menceriakan seseorang, tapi ia juga sebenarnya boleh memberikan pelbagai kesan positif pada kesihatan seseorang dari segi fizikal dan mental.
1. Muzik kegemaran boleh menenangkan minda Menurut kajian Universiti Ohio, mendengar muzik kegemaran boleh menurunkan kebimbangan dihadapi pesakit ICU sebanyak kira-kira satu pertiga.Tidak terhad hanya pada lagu kegemaran asalkan ia mempunyai alunan lagu yang tenang dan biasa kedengaran.
2. Memotivasikan pengayuh basikal Kajian dari kolej kesihatan lelaki mendapati dalam pertandingan mengayuh basikal,pengayuh akan lebih bersemangat dan bermotivasi mengayuh lebih laju dan memenangi pertandingan ketika mendengar lagu rancak.
3. Membantu remaja makan secara perlahan Bagi mereka yang selalu gelojoh ketika makan,mendengar muzik yang lembut boleh membantu kamu makan secara perlahan dan tidak menyuapkan lauk yang banyak dalam setiap suapan menurut kajian syarikat Cornell.Ia juga membuatkan individu itu lebih menikmati hidangan.
4. Tingkatkan kualiti tidur Mendengar muzik klasik ala orkestra dan lagu zaman dulu-dulu’sudah terbukti boleh mengubat penyakit insomnia secara berkesan dalam kalangan pelajar kolej.Ia bukan saja selamat tetapi juga mengurangkan pembaziran terhadap pembelian pil tidur oleh pelajar yang menghidap penyakit tidak boleh tidur itu.
5. Tingkatkan fungsi saluran darah Saintis mendapati emosi yang dialami pesakit ketika mendengar muzik mempunyai kesan yang sihat pada tubuh iaitu meningkatkan fungsi saluran darah. Ia juga membuatkan pesakit menjadi lebih ceria dan terbukti meningkatkan pengaliran darah dalam saluran darah mereka.
6. Menstabilkan mood ketika memandu Mendengar muzik ketika memandu boleh memberikan impak yang positif pada mood. Justeru,apabila kamu rasa geram kerana kesesakan lalu lintas atau cemas ketika memandu, pasang lagu kegemaran untuk stabilkan mood kamu.
7. Mempercepatkan pemulihan Bagi remaja yang kerap berlari dan melakukan senaman yang berat,mendengar muzik yang lembut dan perlahan boleh mempercepatkan proses pemulihan fizikal badan yang lenguh dan penat selepas bersenam.
-By blogger My-