Terima-kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Semoga bermanfaat"

Enam Cubaan Serangan IS Di Malaysia


"Enam cubaan serangan IS"

Keupayaan risikan membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggagalkan enam cubaan serangan pengganas Militan Islam (IS) di negara ini.

Bagaimanapun cubaan melakukan serangan itu masih di peringkat perancangan awal oleh anggota IS warga tempatan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, anggota IS itu didapati belum mengumpul bahan letupan berdasarkan maklumat diperoleh.

Apa yang pasti, PDRM sudah meningkat aspek pencegahan berbanding negara lain. Ini dibuktikan apabila PDRM menahan 400 anggota IS dan kumpulan pengganas lain termasuk Al Qaeda serta beberapa kumpulan pelampau lain.

Berbanding negara lain, PDRM lebih serius dalam isu menangani pengganas dan melakukan langkah pencegahan dari peringkat awal. Ini membolehkan langkah pencegahan terhadap sebarang kemungkinan dilakukan dengan lebih berkesan,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan negara lain tidak begitu serius menangani isu IS apabila rakyat mereka bebas keluar dan kembali semula ke negara asal.

Bagaimanapun mereka ini akhirnya merancang kekacauan dan mencetuskan serangan berani mati,” katanya.

Ayob berkata, laporan perisikan mendapati kumpulan IS kini sudah membuka pusat latihan ketenteraan untuk melatih kanak-kanak di Libya.

Ini adalah pusat latihan dalam kem kendalian IS pertama di luar Iraq. Kanak-kanak seawal usia 10 tahun dilatih menjadi pengebom berani mati,” katanya.

Selasa lalu, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Mohd Harun mendedahkan sekurang-kurangnya lapan kanak-kanak Malaysia direkrut dan dilatih menjadi pejuang IS di kem Syria dan Iraq.

Kanak-kanak itu ditempatkan di pusat kanak-kanak IS untuk dibentuk dan dilatih menjadi pejuang IS.

Mereka dibawa masuk ke negara-negara yang dilanda perang oleh kedua-dua ibu bapa yang menyertai IS.

Statistik terkini membabitkan warga Malaysia dalam kegiatan militan IS di Syria dan Iraq ialah seramai 47 individu.

Daripada jumlah itu, seramai 12 orang adalah wanita, lapan kanak-kanak dan selebihnya lelaki.

Bagaimanapun seramai 17 individu dilaporkan sudah meninggal dunia akibat tindakan mereka terbabit dalam pengeboman berani mati.

                       -By Blogger My-
Previous
Next Post »
Post a Comment
Thanks for your comment