Nenek Siat Wang Tunai RM4.5juta
Seorang wanita berusia 85 tahun menyiat wang kertas berjumlah 950,000 euro (RM4.5 juta) kerana tidak mahu keluarganya mewarisi hartanya.Nenek itu juga dilapor menyiat buku akaun simpanannya sebelum dia mati di pusat penjagaan orang tua.
Bagaimanapun, anggota keluarganya bernasib baik kerana bank pusat Austria berikrar untuk menggantikan 950,000 euro yang dimusnahkannya.
Cebisan wang kertas dan dokumen bank itu ditemui selepas dia mati, kata pendakwa raya.
Pendakwa raya Erich Habitzl mengesahkan penemuan itu, tetapi berkata, dia tidak boleh berbuat apa-apa bagi pihak keluarga wanita itu.
“Wang yang dimusnahkan itu milik wanita berkenaan. Ia bukan perbuatan jenayah. Kerana itu kami tidak boleh memulakan siasatan,” katanya.
Bagaimanapun, timbalan ketua bahagian pengeluaran wang bank pusat Austria berkata, pihaknya akan menggantikan wang berkenaan.
Bercakap kepada akhbar tempatan Kurier Daily, Friedrich Hammerschmidt berkata: “Jika waris wanita itu boleh menunjukkan wang kertas yang sudah disiat-siatkan itu dan sekiranya sumber wang itu terjamin, sudah pasti kami akan menggantikannya.
-By Blogger My-