Terima-kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Semoga bermanfaat"

Cerita Bisnes Dengan Kawan



****************************
kisah cerita aku dengan kawan pasal bisnes.kejadian yang berlaku sekitar tahun 2010

******************************


Aku dan Ali ialah dua sahabat baik.

Pada Satu hari Ali datang ke rumah Aku
membawa sekeping risalah.

Ali : "aku ada berita baik ini..."

Aku : "Berita apanya?"

Ali : "Aku dapat iklan inilah...pakej ke puncak gunung
kinabalu tanpa perlu mendaki hanya perlu menaiki 'lif ajaib'
dan sampai ke puncak dalam masa 10 minit saja..."

Aku : "Wow!...hebat tu...kan kita dah lama berangan mau
daki Gunung Kinabalu...apa syarat-syarat dia?"

Ali : "Tak ada apa-apa syarat ah...bayar seorang RM100 saja
ke akaun bank penganjur ini lepas itu kita akan download
tiket dan terus pergi ke sana..."

Aku : "Apa lagi...marilah...peluang baik ni..."

Tanpa berfikir panjang mereka berdua membayar setiap
orang RM100 ke dalam akaun bank penganjur dan download
tiket dari internet.

Di Kaki Gunung Kinabalu...

Ali : "Ya...kita sudah sampai akhirnya.."

Aku : "Apa lagi...marilah kita cari pihak penganjur itu...
aku tak sabar lagi mau rasa naik lif ajaib ini..."

Hampir setengah jam mereka berdua berkeliaran di kawasan
kaki gunung Kinabalu mencari-cari 'lif ajaib' yang di katakan itu.

Ali : "Aduh!!...apa cerita ni...tidak jumpa pun lif ajaib itu.."

Aku : "Batang hidung penganjur pun aku tidak nampak disini.."

Tiba-tiba muncul seorang pakcik di hadapan mereka..

Pakcik : "Anak berdua ini...mesti mau cari 'lif ajaib' kan?"

Ali : "Ya lah Pakcik....Pakcik kah penganjurnya?"

Pakcik : "Pakcik bukan penganjur...tetapi pakcik tinggal di kawasan ini"

Ali : "Bagaimana pakcik tahu kami sedang mencari 'lif ajaib' itu?"

Pakcik : "Kalau ada sesiapa yang datang ke sini tercari-cari sesuatu
 dan kemudian termenung...itu tandanya dia sedang mencari 'lif ajaib'
 yang tidak wujud sebenarnya..."

Ali : "yakah...tidak wujud...biar betul Pakcik...kami sudah
bayar seorang RM100 ini...kami tertipu kah?"

Pakcik : "Ya..anak berdua sudah tertipu...'lif ajaib'
hanyalah khayalan semata-mata dan pihak penganjur menciptanya
untuk mengaburi mata semua orang sebab dia tahu sifat manusia
sekarang ramai yang ingin cari jalan pintas...jalan mudah
tanpa usul periksa..."

Aku : "Saya dah agak sudah...saya memang rasa pelik...tapi
manalah tahu kalau lif ajaib tu benar-benar wujud...kan
sekarang zaman sains & teknologi mungkin lif ajaib tu memang
Sudah dicipta untuk memudahkan kita ke puncak gunung Kinabalu
Ini...rupa-rupanya kena tipu saja"

Pakcik : "Anak-anak...mendaki gunung ini tidak ada jalan pintas
tidak ada jalan mudah....kita mesti bermula mendaki dari bawah
dan akhirnya sampai ke puncak...itu semua bukan perkara mudah...
kita kena ada kelengkapan yang cukup dan ilmu yang betul..."

Ali : "betul juga..."

Pakcik : "Ilmu paling penting....ilmu mendaki gunung kena betul
...baru awak akan berjaya sampai ke puncaknya..."

Aku : "Saya sedar sekarang...tak ada jalan pintas sebenarnya..
kalau mau mendaki gunung...kita kena mendaki dari bawah dan kena
ada ilmu mendaki yang betul...."

Ali : "kami bertindak tanpa berfikir...kami terlupa setiap sesuatu perkara mau dilakukan harus ada ilmu yang betul...tiada jalan pintas..."

Pakcik : "Nasihat pakcik...kalau anak-anak mau menakluki puncak Kinabalu ini..
belajarlah ilmu mendaki gunung yang betul dan sediakan kelengkapan yang
lengkap...pasti anak-anak akan berjaya satu hari nanti"

"Sekadar perkongsian daripada saya"

                         -By Blogger My-


Previous
Next Post »
Post a Comment
Thanks for your comment