Terima-kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Semoga bermanfaat"

Obama Pun Tak Dapat Kumpul Dana RM2.6 Billion – Dr Mahathir


“Dikatakan (wang derma) itu datang dari Arab. Arab memang pemurah, tetapi tak sepemurah itu,”demikian ujar bek“Dikatakan (wang derma) itu datang dari Arab. Arab memang pemurah, tetapi tak sepemurah itu,”

demikian ujar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam catatan terbaharu di blognya chedet.cc.
Hujah itu sekaligus menolak penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkaitan dana RM2.6 bilion yang di dakwa di sumbangkan oleh penderma yang kemudiannya di masukkan ke akaun peribadi perdana menteri.

“Siapa dalam dunia ini akan dermakan AS$700 (RM2.6 bilion) juta kepada Perdana Menteri Malaysia?" "Malah Obama juga tak dapat kumpulkan jumlah ini ketika mengintai jawatan presiden,” katanya.

Malah menurut Dr Mahathir lagi, perkara itu di sifatkan orang ramai sebagai “hogwash or bullshit” (mengarut atau tak masuk akal) selain mendakwa perkara tersebut sudah menjadi bahan ketawa orang ramai.

“Kalau diguna alasan, duit itu di gunakan untuk parti sekali pun, pada pengalaman saya j adi pm dulu  mana-mana pihak yang menyimpan lebih RM2 bilion untuk parti pun akan di anggap salah,” ujarnya dalam tulisan berjudul ‘Malaysia’.

Dalam tulisannya itu, Dr Mahathir turut menyentuh soal gaya hidup mewah Najib.
“Najib memiliki gaya hidup mewah melebihi gaji RM20,000 yang diperolehnya pada setiap bulan.

Perkahwinan anaknya di langsungkan jauh melebihi perkahwinan anak golongan Di Raja. Malah Najib tidak ada masalah melangsungkan beberapa majlis mewah di Malaysia dan Kazakhstan.

“Beliau juga mampu membeli belah di Paris, London, dan di beberapa negara lain." Dari mana wang itu datang dari?? Jelas bahawa berjuta-juta telah di belanjakan oleh Najib, melebihi kemampuan seorang Perdana Menteri Malaysia,” bidas Mahathir lagi.
-Sinar Harian-
Previous
Next Post »
Post a Comment
Thanks for your comment