Terima-kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Semoga bermanfaat"

Gunung Kinabalu Di Buka Semula


Ranau: Pihak pengurusan Taman-Taman Sabah (TTS) optimis bilangan pendaki Gunung Kinabalu meningkat selepas dibuka kepada awam bermula kelmarin selepas hampir tiga bulan ditutup susulan kejadian gempa bumi, 5 Jun lalu.

Pengurus TTS Yassin Miki berkata, sejak dibuka, kelmarin, pihaknya menerima 65 tempahan dan 24 daripadanya sudah memulakan pendakian.

“Hari pertama pembukaan pendakian Gunung Kinabalu mencatatkan 24 pendaki terdiri daripada lapan rakyat tempatan dan selebihnya pelancong asing dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Hong Kong, Australia, Jerman serta Perancis,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, jumlah tempahan itu memberikan gambaran positif terhadap permintaan pendakian Gunung Kinabalu walaupun selepas insiden gempa bumi.

                -By Blogger My-
Previous
Next Post »
Post a Comment
Thanks for your comment