Terima-kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Semoga bermanfaat"

Lenovo ZUK Z1 Memperkenalkan Dengan Cyanogen OS 12.1

ZUK Z1Lenovo ZUK Z1 Diperkenalkan Dengan Cyanogen OS 12.1

ZUK Z1 hadir dengan platform Cyanogen OS 12.1. Ia juga hadir dengan skrin 5.5″ FHD, Snapdragon 801, 3 GB RAM dan 13 MP Kamera.

Selain Motorola, ZUK juga merupakan salah satu jenama telefon pintar yang dibelakangi oleh Lenovo. Terbaru ZUK telah memperkenalkan telefon pintar pertamnya yang dinamakan ZUK Z1 untuk pasaran Global. Menariknya tentang peranti ini ialah ia tersedia dipasang dengan platform Cyanogen OS 12.1 yang berasaskan Android 5.1.1 Lollipop.
Dari segi prestasi ZUK Z1 dilihat cuba bersaing dengan peranti kelas atasan yang lain. Namun dengan harganya yang dijangka sekitar USD300 atau bersamaan RM1150 mungkin boleh dipertimbangkan untuk dimiliki. Peranti ini membawakan skrin sebesar 5.5 inci dengan resolusi HD1080p. Di dalamnya juga dikuasai dengan pemproses Snapdragon 801, 3 GB RAM serta ruangan storan sebesar 64 GB.
ZUK Z1
Dibahagian belakang pula tertera dengan kamera 13 Megapixel dengan sensor SONY IMX214 manakala 8 Megapixel kamera di bahagian hadapan. Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada ZUK Z1 termasuk sambungan USB Type-C yang baru, pengimbas cap jari serta kapasiti bateri yang agak besar iaitu  4100 mAh. Ia boleh didapati dalam warna putih dan juga kelabu.
ZUK Z1
Mengenai harga rasmi, tarik pasaran serta kawasan masih lagi belum didedahkan. ZUK akan mengumumkan dengan lebih terperinci mengenai peranti ini pada 21 Ogos ini.
Sumber : ZUK
Previous
Next Post »
Post a Comment
Thanks for your comment