Terima-kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Semoga bermanfaat"

Wanita Ambil Kesampatan Pungut Derma 100,000 Yuan (RM64,000).

Wanita ambil kesempatan pungut derma ditahan

Beijing: Seorang wanita ditahan kerana menerima ribuan yuan dalam bentuk derma selepas mendakwa bapanya mati dalam dua letupan di Tianjin Rabu lalu.

Mulanya, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Yang mendakwa di laman web Sina Weibo kononnya bapanya hilang akibat letupan yang menyebabkan 112 orang terbunuh dan ratusan lagi cedera.


Dia kemudian menulis lagi untuk mendakwa bapanya disahkan mati.

Dakwaan itu menarik perhatian lebih 3,000 pengguna laman sosial itu untuk menderma sehingga hampir 100,000 yuan (RM64,000).

Weibo mempunyai aplikasi yang membolehkan pengguna memindahkan wang kepada pengguna lain.

Bagaimanapun, Yang tidak boleh mengeluarkan wang itu apabila akaunnya dibeku selepas beberapa pengguna membuat laporan polis kerana mengesyaki dia menipu.

Wanita berusia 19 tahun itu ditahan polis di Fangchenggang, Guangxi, wilayah di selatan China, jauh dari Tianjin.

SUMBER
Previous
Next Post »
Post a Comment
Thanks for your comment