Terima-kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Semoga bermanfaat"

Not RM50 hujani Singapore

Stakat ini belum diketahui Darimana datangnya Duit not RM50 itu..!

Singapore: Pengguna Bukit Timah Expressway (BKE) semalam, terkejut apabila mendapati wang kertas bertaburan di laluan berkenaan dan ramai pengguna berhenti untuk mengutipnya.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 6.20 petang berhampiran laluan menghubungkan Lebuhraya Seletar (SLE) dengan BKE.

Video yang dimuat naik oleh Reckless Drivers Community di YouTube hari ini, menunjukkan laluan di lebuh raya itu dipenuhi not RM50 (S$17.90) dan ramai pemandu memperlahankan kenderaan berikutan ramai berhenti mengutip wang berkenaan.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/68253?m=1#foto



Menurut seorang pembantu tadbir, Annie, 50,kepada media Singapura, Lianhe Wanbao, dia berada di atas bas dua tingkat apabila ternampak not berterbangan.

Menurutnya, beberapa penumpang meminta pemandu supaya memberhentikan bas kerana mereka mahu turun untuk mengambil wang itu tetapi dia menolak.

Annie menganggarkan ada sekurang-kurangnya RM10,000.

Ahli perniagaan dikenali sebagai Liu, 60, memberitahu Shin Min Daily News, dia menyangka not berkenaan hanya kertas biasa.

“Tetapi apabila saya memperlahankan kereta untuk melihat lebih dekat, saya dapati ia adalah not RM50," katannya.

Tidak dapat dipastikan bagaimana wang kertas Malaysia itu boleh berterbangan di lebuh raya berkenaan. - The Straits Times

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/68253?m=1#foto


Orang ramai mengutip not RM50 yang
bertaburan di Bukit Timah Expressway (BKE),
Singapura, semalam. - Foto The Straits Times/
Reckless Drivers Community
Previous
Next Post »
Post a Comment
Thanks for your comment