Terima-kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Semoga bermanfaat"

Negeri Perlis Haramkan Jualan Rokok dan Arak di Semuaa

Perlis Haramkan Jualan Rokok dan Arak di Semua Tempat

INI adalah berita tak baik bagi perokok! 

Beberapa wartawan menghubungi saya bertanya tentang tindakan MPK (Majlis Perbandaran Kangar) melarang iklan arak dan rokok. Saya ingin menegaskan bahawa tiada agama ataupun pemikiran yang waras yang menganggap minuman keras dan rokok memberikan kebaikan pembinaan sesebuah masyarakat yang berdisiplin dan mempunyai nilai murni. Dua bahan itu merosakkan keluarga dan masyarakat persekitaran. Apatah lagi diri yang terbabit secara langsung.




Maka, apa sahaja iklan ataupun seruan ke arah arak dan rokok merupakan kempen kepada nilai-nilai yang tidak sihat dan merosakkan. Justeru, tindakan MPK adalah tindakan yang wajar dalam mengukuhkan nilai dan budaya yang baik dalam masyarakat. Saya menyokong penuh tindakan MPK dalam menjadi Kangar bandar yang menerapkan nilai-nilai mulia.


                            -By Blogger My-
Previous
Next Post »
Post a Comment
Thanks for your comment