Terima-kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Semoga bermanfaat"

Instagram Padam Berjuta Akaun Spam Dan Tambah System Baru

Instagram Padam Berjuta Akaun Spam Dan Tambah Filter Baru!




Lagi pasal instagran.Terkini,pihak instagram telah memaparkan satu notis pada akaun pengguna bahawa mereka telah selesai melakukan proses “pembersihan”
notis








Dengan berakhirnya proses pembersihan tersebut,maka banyak akaun-akaun yang tidak aktif,palsu dan spam telah dipadamkan dari platform instagram.
Jesteru itu,para pengunamungkin akan mengalami pengurangan jumlah follower pada akaun mereka.
Antara pemilik-pemilik akaun instagram yang mengalami kesan pengurangan yang besar adalah seperti akaun instagram Justin Bieber yang dilihat telah hilang sebanyak 3.5 juta follower,Kim Kardashian pula hilang 1.3 juta follower manakala,sebuah akaun instagram yang bernama chiragchirag78,yang sebelum ini mempunyai 4 juta follower,kini hanya tinggal 8 orang follower sahaja.

Langkah instagram yang membuat proses pembersihan ini,yang dikenali sebagai “Instapurge” adalah merupakan satu tindakan yang baik bagi memelihara ekosistem media sosial tersebut agar terus sihat dan tidak ditenggelami dengan akaun-akaun spam.
Namun begitu,ramai juga pengguna yang tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut dan kemudiannya melepaskan kemarahan dengan meninggalkan komen-komen yang kesat pada akaun official pihak instagram.
Selain memadamkan akaun-akaun spam,pihak instagram juga telah menaiktaraf aplikasi mereka dan kini,terdapat beberapa tambahan “filter”gambar yang baru.Filter-filter gambar juga kini dilabelkan dengan abjad-abjad huruf dan ianya boleh disusun oleh pengguna mengikut kesukaaan dan keutamaan mereka.
instagram filter
Instagram dijangka akan menjadi antara platform pilihan utama bagi para usahawan untuk memasarkan produk mereka di media sosial pada tahun hadapan.Jadi anda para pebisnes online kenalah mempelajari teknik-teknik hebat membuat pemasaran di instagram!

Sumber dari http://www.wangcyber.com/instagram-padam-berjuta-akaun-spam-dan-tambah-filter-baru/
                                   -By Blogger My-

Previous
Next Post »
Post a Comment
Thanks for your comment