Terima-kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Semoga bermanfaat"

Kumpulan Penjenayah Siber 2016 Bakal Menjadikan Telefon Pntar Sasaran


Kuala Lumpur: Kumpulan penjenayah siber bakal menjadikan telefon pintar dan televisyen yang boleh diakses dengan Internet sebagai sasaran serangan utama tahun hadapan.

Tindakan itu bertujuan merosakkan sistem pada telefon dan televisyen pintar selain menggodam maklumat di dalamnya.

Perkara itu diramal bakal berlaku oleh Syarikat Penyedia Keselamatan Rangkaian Fortinet berdasarkan laporan ancaman yang semakin berkembang menerusi kajian penyelidik FortiGuard serta pemantauan berterusan dilakukan.

Pengurus syarikat itu Michelle Ong berkata, penyelidikan dilakukan penyelidik FortiGuard mendedahkan trend berbahaya dan strategi baru penjenayah siber bagi 2016.

Katanya, hasil kajian mendapati ada lima bentuk serangan baru siber yang sudah dikenal pasti boleh memberi kesan kepada pengguna di negara ini.

“Ancaman pertama adalah peningkatan serangan mesin ke mesin (M2M) dan penyebaran antara peranti. Virus malware akan menyasarkan protokol komunikasi antara peranti sehingga membolehkan penggodam mengambil peluang dengan kelemahan sedia ada.

“Keduanya, virus yang direka untuk menyerang peranti ‘internet of things’ (IoT) berpotensi mencetuskan lebih banyak kerosakan kepada peranti lain termasuk di dalam industri perubatan,” katanya dalam sidang media Forinet Umum Ramalan Ancaman Siber Untuk Malaysia di KL Sentral di sini, semalam.

                      -By Blogger My-
Previous
Next Post »
Post a Comment
Thanks for your comment