Terima-kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Semoga bermanfaat"

Budak Dilahirkan Empat Kaki Dua Kemaluan



Ballari, India: Seorang wanita
melahirkan bayi yang mempunyai empat kaki dan dua kemaluan lelaki di Pusat Kesihatan Dhadeasugure (PHC) di Raichur, Sabtu lalu.
Ibu bapanya, Lalitamma, 23, dan suami, Chennabasava, 26, adalah penduduk perkampungan Puladinni di Raichur dan bayi berkenaan kemudiannya dibawa ke Institut Sains Perubatan Vijayanagara (VIMS) di sini, untuk pemantauan.
Times Of India melaporkan, bayi itu dilahirkan secara normal pada petang Sabtu lalu dan Lalitamma pada mulanya keberatan membenarkan bayinya dibawa ke VIMS kerana menganggap ia adalah anugerah tuhan.
Bagaimanapun, selepas dinasihati doktor dan keluarganya, Lalitamma dan suami bersetuju
Dr Divakar Gaddi yang mengendalikan bayi itu di VIMS berkata, satu pasukan doktor serta pakar bedah sedang menilai keadaan bayi berkenaan, bagi membuang organ dan anggota yang berlebihan.

Sumber dari metro.com.my
Previous
Next Post »
Post a Comment
Thanks for your comment