Terima-kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Semoga bermanfaat"

Buah Letup Yang Berkhasiat Jarang Di Temui


Suku kaum murut panggil tutan. Kaum dusun-kadazan panggil gongpoyo. Orang sarawak panggil buah kecepak.

Pokok ini merayap dan memanjat menggunakan sulur paut. Daun dan batangnya diselaputi bulu halus. Batang dan daunnya berminyak dan apabila tersentuh pokok ini mengeluarkan bau.

Buahnya kecil sebesar guli bewarna hijau dan apabila masak bertukar menjadi kuning. Ia diselaputi lapisan bersabut dan berbulu sebab itu ia dipanggil Buah Ulat Bulu. Isinya berbiji kecil diselaputi palpa yang rasa manis dan masam seperti buah markisa. Rasanya enak.

Pucuk pokok buah ulat bulu ini enak dimasak sayur air (sayur manis) yang dicampur dengan pucuk kayu manis, pucuk keledek dan lain-lain. Antara khasiatnya adalah ia boleh membuatkan anda merasa tenang.

Akarnya digunakan untuk melegakan kejang otot dan juga digunakan untuk tenangkan orang yang diserang histeria. Daun yang dilumatkan digunakan untuk mengurangkan bengkak apabila tercedera.

Khasiat:

Buah, bunga dan daun mempunyai pelbagai ciri perubatan seperti diguna dalam bentuk losyen atau pes untuk penyakit keradangan kulit. Rendaman panas (Hot infusion) dari tumbuhan kering baik untuk kegunaan sakit tekak.

Daun mempunyai ciri-ciri perubatan dan digunakan dalam merawat tekanan perasaan (neurasthenia) tidak boleh tidur malam (insomnia) kedatangan haid terlalu awal (early menstruation) pembengkakan teramat disebabkan pembentungan air dalam sel (edema) gatal-gatal dan batuk.

Oleh kerana daun mengandungi bahan penenang maka rebusan airnya diberikan kepada pesakit histeria dan disapukan di bahagian kepala untuk meredakan pening dan sakit kepala. Air rebusannya juga digunakan untuk untuk meredakan masalah perut (biliousness) dan asma.

- Rebusan buah jg digunakan untuk penyakit asma dan kekembungan perut disebabkan dari gangguan hati (biliousness).
- Di India, secara tradisinya ia digunakan untuk cirit-birit, sakit tekak dan jangkitan telinga, gangguan hati, tumor, gatal-gatal, demam, penyakit kulit dan untuk pembalut luka.
- Di Malaysia, ia digunakan untuk merawat penyakit asma.
- Di Argentina, ia digunakan untuk merawat penyakit sawan (epilepsy).

Bunga Passiflora adalah herba pilihan untuk merawat insomnia, ia membantu seseorang itu mendapat tidur yang lebih baik. Ia jg mempunyai kesan yang baik terhadap sistem saraf sekali gus mengurangkan tekanan.

PASSIFLORA SEBAGAI SEDATIF Penggunaan Passiflora secara klinikal telah di lihat sebagai amat memuaskan. Kesannya amat mujarab terutamanya kepada sistem saraf, sebagai ubat gangguan spasmodic dan sebagai ejen rehat. Ia amat sesuai semasa dalam keadaan sihat atau dalam keadaan badan lemah (khusus bagi keuzuran disebabkan usia).

Oleh itu ia amat berguna untuk meredakan kegelisahan dan mengatasi sentiasa terjaga (wakefulness), dikalangan bayi dan warga emas. Ia mendatangkan kesan untuk tidur kepada mereka menghadapi tekanan jiwa dan mental.

Ia melegakan gejala saraf disebabkan tindak-balas (refleks) seksual , gangguan haid dan ke-sensitiviti saraf, organ atau bahagian badan secara berlebihan disebabkan dari sakit yang berpanjangan.

Ia telah digunakan secara berjaya bagi meredakan kegelisahan demam kepialu, walaupun tindakannya kelihatan perlahan tetapi pasti. Tidur yang dihasilkan dari Passiflora adalah selamat, merehatkan dan pesakit terjaga dari tidur dalam keadaan tenang dan segar.

PENGGUNAAN PASSIFLORA DALAM SAWAN Passiflora adalah ubat convulsive movements (terjejas disebabkan dari pergerakan otot dan pengecutan tanpa-sukarela, menyerupai kekejangan) pergerakan sawan.

Salah satu penggunaan pertamanya yang berjaya dalam bidang perubatan adalah melegakan penyakit tetanus (Satu jangkitan serius dan akut pada sistem saraf pusat di sebabkan dari jangkitan bakteria pada luka terbuka, kekejangan rahang dan otot berhubung dengan pangkal tekak mungkin berlaku semasa peringkat akhir) keatas manusia dan kuda.

Ianya dikatakan amat membantu semasa serangan awal sawan (epilepsy) menghampiri, ubat ini dikatakan amat membantu tetapi apabila sawan sedang berlaku ianya hanya memberi sedikit kesan aman atau tidak berkesan langsung.

Passiflora dipuji kerana kemampuannya mengawal kekejangan dikalangan kanak-kanak yang diakibatkan dari pembengkakan gusi gigi susu, cacing, atau bahan tidak hadam. Ia juga telah berjaya digunakan meredalkan kekejangan otot rahang (trismus nascentium).

PASSIFLORA SEBAGAI HERBA ANTI-KEKEJANGAN Passiflora adalah ubat penyembuh kesakitan, terutamanya kepada jenis penyakit saraf (neuralgic), ia turut melegakan kesakitan pada saraf dan kekejangan otot semasa haid (spasmodic dysmenorrhoea), kesakitan pada rektum, sakit jantung, muka dan lain-lain bentuk kesakitan kekejangan otot disepanjang urat (neuralgia).

Ia mengelakkan terjadinya kesakitan dari tindak-balas reflex yang menyakitkan semasa kehamilan dan menopaus dan lain-lain bentuk kesakitan yang disertai atau tidak dengan tindakan kekejangan otot (spasmodic action). Sakit atau sakit saraf kepala, sakit kepala dari kelesuan (debility) atau dari kebengkakan serebrum sering dilegakan dengan Passiflora. Dalam semua kes seperti ini, ia menunjukkan kekurangan ketegangan otot normal (atony) di beberapa bahagian atau fungsinya.

Panduan rawatan:

A. Gatal Pada Kulit
1. Ambil beberapa batang pokok ulat bulu. Pastikan anda mengambil seluruh bahagian pokok ulat bulu termasuklah bahagian akarnya sekali.
2. Seperti biasa, bersihkanlah dulu keseluruhan bahagian pokok tersebut.
3. Kemudian, rebuskan pokok ulat bulu sehingga mendidih.
4. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sehingga suam.
5. Akhir sekali, sapukanlah air rebusan tersebut pada bahagian kulit anda yang terasa gatal.

B. Melegakan Batuk
1. Sama seperti langkah no.1 hingga 4 untuk cara merawat gatal kulit di atas.
2. Apa yang membezakannya, anda perlu minum air rebusan tu secara perlahan-lahan.

C. Merawat Luka
1. Dapatkan beberapa helai daun pokok ulat bulu.
2. Bersihkan daun ulat bulu tadi dan lumatkannya.
3. Bubuh atau tepek daun ulat bulu yang telah dilumatkan pada bahagian badan anda yang luka.

D. ubat jantung

Buah pinang Jeruk: assalam..ubat jantung. Ambil empat puluh helai blander dijadikan jus..minun tanpa campur apa-apa..salah satu petua dan ubat untuk jantung kita.

Fatimah Binti Yaacob Izmashazaty: Jiran saya menghidapi saluran jantung tersumbat. Dia sekarang mengamalkan meminum air daun pokok ulat bulu dengan cara memblender daun yang muda n d campur dengan susu nespray..alhamdulillah. sekarang dia sihat dan boleh melakukan kerja harian dengan baik.
________________________________________
E. sakit sendi lutut
Umpal daun dgn kapur makan, tampal kat lutut
~ dini Isa

________________________________________

F. kalau kencing tidak lawas minum air rebusan daun ulat bulu.

~ Julkiati Mamat
________________________________________
ambil pucuknya dan celurkan. kemudian buat ulam cicah budu. sedapnya.. manis-manis je rasanya. sebenarnya ia dapat mengurangkan rasa sakit jantung. nenek saya selalu amalkannya. saya dan adik pun sentap sama. tapi sekarang ni problem sebab susah nak cari.
~ murnihasan
________________________________________
G. Saya difahamkan boleh menurunkan paras kolestrol dengan cara memakan daunnya dua helai sekali makan dan tiga kali sehari
~ abd rahman

H. digunakan untuk merawat darah tinggi dan kencing manis dengan merebus daunnya dan meminum airnya.
~ zeemin

Zielah Baharin (1): Kat rumah saya ada tumbuh.. suami minum air rebusan daun tuk kencing manis dan darah tinggi alhamdulilah periksa doktor terkejut.. daunnya saya rebus makan macam ulam... buahnya saya keluarkan isi cmpurkan dgn air sirap best.. batagnya saya rebus sapukan di badan tuk hilang gatal-gatal kalau balik dari kebun..mujarab tak payah ubat lain banyak khasiatnya amalkan selalu terbaik.

Zielah Baharin: Dah dua  minggu saya rebuskan dalam satu gengam daun tu rebus dalam periuk.. biarkan mendidih dan sejuk kan minum sehari dua kali pagi dan malam.. badan suami dah tak sakit lagi.. rasa dia cam akar kayu je.. baru-baru ni periksa darah tinggi tak ada kencing manis dari 12 ke 7 amalkan selalu insya allah berkesan.

Arnie Arshad: Saya dulu selalu amalkan hingga tiga minggu minum rebusan daun, buah di akarnya. Alhamdulillah ketuat di jari hilang. Rupanya di beri izin Allah akan pokok ini untuk cuci darah. Ada kawa pula minum tiga hari berturut-turut turun darah tingginya Masyaallah.
________________________________________

I. batangnya yang tempat melekat daun dan buah tu. adalah untuk tambah darah untuk mereka yang kurang darah.. buka daun dan buah tu.. masak batangnya.. Dan air tu diminum.. selalu amalkan meminum air rebusan tu.. in Sha Allah... darah akan bertambah.

________________________________________
J.Cha de Lova: kes pesakit talasemia.. bila dia selalu minum air rebusan tu.. darah dalam badan dia bertambah.. kulit dan mukanya juga dah tak kelihatan pucat.. katanya, pening pun berkurang.

Tizsya Natasya: Alhamdulillah adik saya pesakit tallasemia,dia suka makan sayur ni.. kami tidak tau pula tumbuhan ni boleh tambah darah, patutlah adik saya jarang tambah darah kat hospital.. banyak dekat kawasan kami ni.
________________________________________
K. Tengku Maimun CK Roni: Sepohon pokok ini trmasuk akarnya boleh juga jd penawar utk orang yang trmakan racun dn orang yang keracunan makanan.

________________________________________
L. Jeksan Zyeyen: Untuk tambahan daun tumbuhan ini boleh mengubati kurap.  hancur-hancurkan daun dia dan letak di kurap kamu.

________________________________________
M. BARAH

Persatuan Peniaga Pokok Sena: akarnya baik untuk barah.

Umi Ramlah: Pucuknya yg muda dicampur dgn empat  biji beras dan tunas kunyit digiling dengan tempurung kelapa, sampai lumat ditampal pada bisul ataupun yg ada kenser payu dara insyallah cepat sembuh.

________________________________________
N. KENCING KOTOR

Siti Salimah Siti: Jika anda mengandung kencing kotor amalkan minum air rebusan pokok letup.ambil dari akar sampai pucuknya.
________________________________________
O. ASMA

Rosnani Hamat: Ambil satu pokok sekali dgn akar daun bersihkan. belendar tapi minum setiap hari selama tiga hari. insyha allah penyakit lelah berkurangan. saya buat sendiri alhamdulillah dengan izin yang maha esa.

________________________________________
P. Penyakit cacing

Che Ana Ana: ni pokok .baik utk bebudak yang ada cacing.rebus akar dan batang. kemudian air rebusan mandikan bebudak tu.insya Allah lari cacingnya.

________________________________________

amaran: jangan guna nama pokok letup. ini adalah kerana ada pelbagai buah yang meletup dan dipanggil buah letup dan ada buah letup yang beracun.

sebab itu gunalah nama yang menunjukkan ianya tidak beracun iaitu buah ulat bulu yang mana ianya pasti tidak akan bertukar dengan pokok-pokok lain yang beracun yang dipanggil buah letup.

                             -By Blogger My-
Previous
Next Post »
Post a Comment
Thanks for your comment