Terima-kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Semoga bermanfaat"

Pelaku Seks Di Balkoni Di Kenal Pasti

 POLIS mengenal pasti identiti suspek lelaki dalam rakaman video. FOTO ihsan pembaca



Pelaku seks di balkoni dikenal pasti
Pihak polis telah mengenal pasti identiti suspek lelaki dalam rakaman video yang menunjukkan pasangan dipercayai sedang melakukan hubungan seks di balkoni apartmen di Bangsar South pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, menerusi maklumat dan kerjasama orang awam, suspek lelaki itu dipercayai warga asing berusia sekitar 30-an yang menyewa servis apartmen berkenaan bersama pasangannya.

Beliau berkata, suspek dipercayai masih berada di negara ini. Polis juga sedang menyiasat perakam video tersebut, katanya.

Rakaman video berdurasi 30 minit itu dipercayai dirakam penyewa di apartmen lain yang terletak berhampiran balkoni tersebut dan ia menjadi viral di media sosial.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 377D, 297 dan 294 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

                               -By Blogger My-
Previous
Next Post »
Post a Comment
Thanks for your comment