Terima-kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Semoga bermanfaat"

Renungan




Siapa yang tidak takut jika Tuhan menarik
segala rezeki yang dilimpahkan kepada kita
sebelum ini?

Siapa yang tidak takut jika Tuhan mengambil
semula semua insan-insan disekeliling kita dalam
sekelip mata?

Siapa yang tidak takut jika terpaksa hidup
bersendirian tanpa ada siapa untuk kita mengadu,
bergurau senda dan menambakan kasih.

Siapa?

Jika anda tanyakan kepada saya.
SAYA AMAT TAKUT JIKA KESEMUA ITU
TERJADI KEPADA SAYA.
Dan saya lagi takut
jika Tuhan tidak mengampunkan dosa-dosa yang
pernah dilakukan hanya kerana keriakan, keegoan
dan tidak pernah bersyukur dan meminta keberkatan
daripada-Nya.

Tapi kenapa kita selalu LEKA dengan pemberian-Nya.
Kita tidak bersyukur dengan apa yang sudah kita miliki..

Ya! Kita mahu lebih daripada apa yang kita miliki kini.
Tidak dinafikan semua orang mahu lebih daripada satu
kekayaan,satu kegembiraan,satu kejayaan dan satu
kasih sayang.Tetapi sebelum kita mengharapkan yang
lebih itu hadir pernahkah kita bersyukur dengan pemberian
daripada-Nya..? Tepuk dada tanya selera.

"Apai ni kawan,tiba-tiba pulak nak berceramah agama..."

"Apabila kita berada diambang kejayaan,
adakala kita lupa dimana datangnya semua itu.
kita mudah leka dengan kekayaan,kita lupa siapa
yang membantu kita.dan kita semakin lupa apabila
kekayaan mencurah-curah hadir untuk kita.

Kata orang jangan pandang belakang. TAPI kita harus
pandang kebelakang sebab tanpa yang berada dibelakang
kita,tidak mungkin kita akan berjaya seperti ini.


"aku tak berjaya macam kau"

Dulu saya pun fikir macam tu.aku benci
tengok jutawan senang-senang dapat duit, tapi aku??
habuk pun tarak"

TAPI saya lupa bersyukur kepada Allah, Dia masih
berikan saya rezeki untuk makan,rezeki untuk
menimba lebih banyak ilmu perniagaan walaupun
hasilnya masih KOSONG...

Sebab tu apabila saya mulai sedar kesilapan diri
walaupun usaha lebih daripada daya, Allah tetap
belum turunkan rezeki kepada saya, sebab Dia nak
saya SEDAR DIRI dahulu.Jangan ego, kuatkan solat,
berdoa selalu.InsyaAllah,Allah akan dengar apa yang kita hajati.

"kau senanglah nak cakap,sebab kau dah senang sekarang"

Saya tak pernah mengaku saya senang, dan saya
tak pernah mengaku saya kaya.Duit bukan segala-galanya
walaupun segala-galanya memerlukan duit.Saya masih ingat,
bila-bila masa Allah boleh tarik semua itu jika saya mudah
melupakan dasar dan asas kehidupan saya sebagai hamba-Nya...

Saya sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi 5,10 dan 20
tahun akan datang.Rezeki yang ada kini pun saya tidak pernah duga.

INGAT! Kita tidak tahu dimana Tuhan nak berikan
kita rezeki,bagaimana punca rezeki kita dan bila ianya
akan tiba.Tetapi,jangan sesekali kita LUPA untuk
mengucapkan syukur kepada-Nya walaupun mendapat
hanya sekecil-kecil rezeki.Jangan pernah berhenti untuk
berusaha.Jangan sesekali.InsyaAllah

Kejayaan,Kekayaan Dunia Dan Akhirat Akan Bersama Kita,Amin!!

                           -By Blongger My-

Previous
Next Post »
Post a Comment
Thanks for your comment